Nufie

My Churp-Churp

Friday, October 21, 2011

77 Kes Cerai Setiap Hari


Masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu. Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu.

Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ketika dihubungi semalam mengakui, sekali pandang jumlah kes perceraian pasangan Islam cukup tinggi dan membimbangkan.


Datuk Dr Mashitah Ibrahim

Katanya, kebanyakan daripada perceraian itu berlaku selepas pasangan terbabit gagal mencapai persefahaman yang sepatutnya wujud di antara suami isteri. Beliau bagaimanapun berpendapat, walaupun kes perceraian ditegah dalam Islam, ada pihak mungkin melihatnya dari perspektif yang berbeza.

Saturday, October 15, 2011

Remaja Tipu Hamil Dapat Durian Runtuh

 
GABY RODRIGUEZ

Menipu bahawa dirinya hamil untuk satu projek sekolah membawa keuntungan berterusan kepada seorang remaja AS, Gaby Rodriguez. Berasal dari Washington, Rodriguez mendedahkan mengenai penipuannya pada sesi perhimpunan sekolah, April lalu semasa dia berusia 17 tahun.

Menurut Rodriguez, dia bertindak demikian untuk melihat reaksi masyarakat berhubung kehamilan dalam kalangan remaja. Projek tersebut menaikkan nama Rodriguez sehingga dia menjadi tajuk utama media antarabangsa, selain berpeluang muncul dalam rancangan bual bicara beberapa stesen televisyen. Kini, dia turut ditawarkan kontrak filem dan buku. Peguamnya, Anne Bremner berkata, setiap kontrak bernilai sekitar AS$100,000 (RM314,744).

Pada minggu ini, Bremner dan Rodriguez berkunjung ke bandar raya Vancouver, Negeri British Columbia untuk melihat sendiri penggambaran filem yang diolah berdasarkan pengalamannya, The Pregnancy Project. Dibintangi aktres Spykids, Alexa Vega, ia akan ditayangkan di saluran Lifetime awal tahun depan, serentak dengan penjualan bukunya.

Monday, October 3, 2011

Bank Negara Memperkenalkan Duit Syling Baru

Antara Rekabentuk Terkini Duit Syiling Malaysia Yang Unik

Rekabentuk syiling ini memaparkan mengenai budaya dan warisan negara Malaysia. Ia memaparkan motif senikraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna Malaysia. Antara ciri-ciri di bahagian denominasi duit syiling ialah 14 titik iaitu melambangkan 13 buah negeri dan  Wilayah Persekutuan ( kecuali syiling 50sen ) dan 5 garis mendatar melambangkan prinsip Rukun Negara. Bahagian belakang pula memaparkan motif Bunga Raya , tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘BANK NEGARA MALAYSIA’.