Nufie

My Churp-Churp

Sunday, July 29, 2012

Petua Merawat Sembelit Di Bulan Ramadhan


Di bulan Ramadhan yang mulia ni, kalau kita tak jaga makan semasa waktu berbuka dan sahur pasti kita akan mengalami pelbagai masalah berkaitan badan terutama Sri nak kongsi pada kali ni adalah masalah sembelit. Kalau anda ada mengalami masalah ini anda boleh mencuba salah satu petua di bawah :

1) Banyakkan makan buah pisang atau betik semasa berbuka atau sahur.

2) Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.

3) Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya waktu berbuka dan sahur setiap hari sehingga sembuh.

4) Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari sepanjang ramadhan.

5) Banyakkan minum air masak sewaktu berbuka dan sahur.

Selamat mencuba...

Tuesday, July 24, 2012

Irma Hasmie : Saya Tahu Status Suami Saya Duda

status irma hasmie

Pulang sahaja daripada berbulan madu di Australia, Irma Hasmie telah diserbu oleh para wartawan untuk mendapatkan responnya mengenai gambar perkahwinan lampau suaminya yang telah tersebar luas. Bagi Irma, dia memang sudah mengetahui status suaminya seorang duda sejak kali pertama bertemu di Mekah. Jadi itu bukanlah satu masalah kepadanya.

Kata Irma :

"Ya, itu memang gambar suami (Redza) dengan bekas isterinya. Status (duda) dia pun saya dah tahu masa kami berkenalan kali pertama di Mekah, saya memang dah tahu. Saya tak simpan rahsia apa pun pada masyarakat apabila orang cakap saya sengaja simpan rahsia sebab berkahwin dengan lelaki berstatus duda. Itu bukan niat saya. 

Cuma saya tak suka nak ulas panjang-panjang kerana khuatir apa yang saya cakap itu akan membabitkan maruah orang lain. Bukan itu sahaja, malah banyak fakta yang salah diberikan pada keseluruhan cerita berkenaan gambar perkahwinan lampau suami saya.

Lagi pun benda itu sudah berlalu. Saya pun ada sejarah hitam saya sendir. Begitu juga dengan suami saya. Apa yang pasti, gambar itu bukan isu besar pun. Ia cuma gambar perkahwinan. Mak mentua saya (Datin Azizah Osman) menangis kerana risau keadaan saya. Saya cakap saya tak apa-apa sebab dah 10 tahun terlibat dalam industri. Saya anggap gosip ini biasa saja. 


Suami rasa bersalah pada saya. Dia risau, sebab dia, saya yang terkena. Dia juga hairan, kenapa orang tidak bangkitkan isu itu masa mula-mula dulu. Tapi, sekarang dia faham. Saya kasihankan dia, sebab lepas ini bila ada gosip membabitkan keluarga, kalau boleh saya taknak sentuh langsung."

Diharap semua berpuas hati dengan penjelasan panjang lebar Irma Hasmie. Perkara yang sudah tue, biarlah berlalu. Yang penting sekarang doakan agar Irma dan Redza berbahagia serta cepat-cepat menimang cahaya mata.

Monday, July 23, 2012

Resepi Menu Berbuka Puasa Pilihan 2012

Resepi #1
Daging Masak Merah


Bahan-Bahan:
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
4 sudu besar cili kering (dikisar)
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis


Cara Membuat
Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panasakan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat.
  
Resepi #2
 
Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan :

15 batang lada kering
4 biji bawang putih
½ inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
sedikit blacan
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh ketumbar
2 sudu teh lada hitam
kesemua bahan2 dikisar halus
1 batang serai dititik
2 mangkuk air asam jawa
garam
1kg ikan pari
terung dan kacan bendi
daun kesum

Cara Membuatnya
Tumiskan bahan2 kisar dengan minyak sehingga garing. masukkan air asam dan garam serta serai. bila mendidih masukkan ikan pari dan sayur-sayuran.bila masak asam pedas jangan gunakan cili boh.


p/s : Selamat mencuba..dan selamat berpuasa..

Kalau Belum Ajal

 
Stady Boh

Sunday, July 22, 2012

Kehebatan Seni Dari Kertas Lukisan

Berikut adalah hasil seni oleh Peter Callesen dari kertas lukisan :








































Hebatkan diorang ni...

Saturday, July 21, 2012

Tazkirah Ramadhan : Jangan Bangga, Jangan Berlagak..Kerana..


1. Jangan berbangga BERKULIT PUTIH kerana kulit terakhir kita adalah TANAH LIAT
2. Jangan berbangga dengan RUMAH BESAR kerana rumah terakhir kita hanya sebesar LIANG LAHAT
3. Jangan berbangga BAJU YANG MAHAL kerana kulit terakhir kita adalah KAIN KAFAN.
4. Jangan berbangga KERETA&MOTOR YANG BESAR kerana kenderaan terakhir kita adalah KERANDA.
5. Jangan berbangga WANGIAN YANG MAHAL kerana wangian terakhir kita adalah KAPUR BARUS.

Tuesday, July 17, 2012

Dato Dr Fazley Juara MasterChef Selebriti



SIAPA sangka daripada tidak pandai menanak nasi, penyanyi dan pakar motivasi, Dr Fazley Yaacob, 33, muncul juara MasterChef Selebriti. Dia menewaskan 15 lagi selebriti lain, setelah memberikan persembahan konsisten sepanjang 13 minggu program itu berlangsung. Wang kemenangan sebanyak RM57,500 pula bakal disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya. Kata Fazley, badan yang diwakili amat bertepatan memandangkan beberapa ahli keluarganya seperti nenek di sebelah bapa antara penghidapnya.
"Sejak program itu juga, saya kini terpaksa buat dua kerja. Kalau sebelum ini saya dipanggil untuk memberi ceramah motivasi, tetapi kini penganjur akan selitkan juga demo masakan” Fazley Yaacob, Juara MasterChef Selebriti
Mengimbau kembali penyertaannya beberapa bulan lalu, ujar Fazley, pada mulanya dia ragu-ragu untuk menyahut cabaran itu. Apatah lagi pada awalnya, Astro sekadar memaklumkan mereka mahu dirinya menghulurkan khidmat sebagai pakar motivasi. Hakikatnya, namanya dicalonkan sebagai peserta.

Niat murni
Berpuluh kali mempertimbangkan tawaran itu, akhirnya dia bersetuju kerana niat murni program itu untuk membantu pihak memerlukan.

“Saya mula belajar masak sewaktu isteri melahirkan anak pertama kami, Ahmad Fariedz, tiga tahun lalu. Sehinggalah kepada anak kedua dan ketiga, memang saya akan masakan apa saja makanan yang dipinta isteri (Azrene Soraya).
“Biasanya, saya hanya memasak sepenuhnya dalam tempoh dua minggu pertama selepas kelahiran. Jadi jika hendak dikira, dari anak pertama hingga ketiga, saya hanya benar-benar memasak dalam enam minggu saja.

Percubaan menjadi
“Sebelum ini saya rasakan tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana isteri dan ibu suka memasak. Ketika menuntut di New Zealand saya hanya masak mi segera. Hendak masak nasi pun saya terpaksa telefon ibu untuk bertanyakan caranya.


“Waktu isteri dalam pantang barulah saya cuba memasak, itu pun sekadar main campak-campak saja. Saya tidak pernah merujuk mana-mana buku ataupun resipi di internet. Malah saya tidak sangka percubaan demi percubaan saban minggu dalam MasterChef menjadi. Saya memang tidak menjangka akan muncul juara kerana saingan sengit yang diterima, terutama daripada Soo Wincci, Angah Raja Lawak dan Juliza Adlizan,” katanya.

Peminat bertambah
Sejak menyertai program itu juga, ruang lingkup peminatnya juga semakin berkembang. Jika keluar ke mana-mana, pasti ada peminat berbilang bangsa yang akan menegur. Andai sebelum ini kebanyakannya bertanyakan perkara berkaitan motivasi, tetapi kali ini dia ditanya mengenai tip masakan.

“Pernah saya ditegur seorang wanita India yang ingin tahu bagaimana cara memasak maruku dengan betul. Saya terpaksa terangkan kepadanya yang saya bukanlah pakar sangat mengenai masakan.


“Sejak program itu juga, saya kini terpaksa buat dua kerja. Kalau sebelum ini saya dipanggil untuk memberi ceramah motivasi, tetapi kini penganjur akan selitkan juga demo masakan,” kata Fazley.

Angah Raja Lawak memberikan saingan kepada Fazley diperingkat akhir MasterChef Selebriti

Turut bertarung dalam MasterChef Selebriti ialah Farouk Hussein, Jehan Miskin, Salamiah Hassan, Thanuja, Serina Redzuawan, Siti Sarah, Azwan Ali, Tomok, Raja Azmi, Karl Shafeq, Dr Faiz, dan Louisa Chong.

Info:
Fazley - RM57,500 (Untuk Yayasan Jantung Malaysia)
Angah - RM7,500 (Untuk Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil)

Friday, July 13, 2012

Adik Penyanyi Alyah Dihukum Penjara 7 Tahun Kerana Menyamun

BERSALAH...Faizal (kanan) di luar mahkamah, semalam.

Adik penyanyi, Alyah dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas dia didapati bersalah menyamun ahli perniagaan warga Singapura, dalam kejadian Januari lalu.

Mohd Faizal Abu Hasan, 29, pembantu kedai makan, didakwa menyamun Rohana Jamal, 30, yang memegang pasport S7414495F dengan merampas beg tangannya, di hadapan Masjid Taman Tampoi Indah, dekat sini, kira-kira jam 1.15 petang, 23 Januari lalu. Hakim Zamri Bakar memerintahkan Mohd Faizal menjalani hukuman terbabit bermula daripada tarikh dia ditahan, 15 Mac lalu.
Tertuduh yang kini sudah bercerai dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam tertuduh, Syed Ahmad Sadik Syed Ahmad Kabeer memohon mahkamah menangguhkan hukuman berkenaan, namun ditolak Zamri dengan alasan tiada hak keistimewaan diberikan kepada tertuduh.

Sumber : BHarian

Thursday, July 12, 2012

Ular Sawa Sepanjang 6.5 Meter Ditemui Di Labis



Seorang penoreh getah di tanah rancangan Felda Tenang di sini trauma selepas dia nyaris dibelit seekor ular sawa batik sepanjang 6.5 meter ketika bekerja di kebunnya semalam. Narizan Ali, 41, memberitahu, kelibat reptilia gergasi itu disedari kira-kira pukul 9.30 pagi ketika dia menoreh dari satu pokok ke satu pokok di kebun getah berkeluasan 3.2 hektar itu.

Bila beliau beralih ke satu pohon lain, beliau terkejut ternampak seekor ular sawa batik yang hanya selangkah dari kedudukannya. Beliau panik dan terus lari sebelum haiwan itu sempat menyerang. Pada masa itu beliau hanya fikirkan mati. Rumahnya yang terletak hanya satu kilometer dari kebun tersebut.

Akhirnya ular sawa tersebut berjaya ditangkap oleh penduduk kampung setelah mengepung dan menyekat pergerakkannya daripada lari ke dalam belukar berdekatan kawasan perumahan.

Friday, July 6, 2012

Kelebihan Dan Fadhilat Bulan Sya'ban


(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)

11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa pada hari nisfu Sya`ban.

Tuesday, July 3, 2012

Isi Kandungan Perjanjian Damai Anzalna Dan Neelofa Secara Video

 

Untuk memuaskan hati anda semua, sila layan video yang telah dirakam Harian Metro semasa berlangsungnya perjanjian damai antara Anzalna dan Neelofa semalam. Untuk makluman, mereka berdua didapati tidak bersalam selepas sesi permohonan maaf dan mengelakkan diri daripada bergambar bersama.

Eloklah tu.Dah berbaik ni tak perlu ungkit2 lagi..Buang yang keruh, Ambil yang jernih..

Monday, July 2, 2012

Keputusan Perlawanan Euro 2012 Spain vs Italy Final


Pada pagi ini akan bertembung dua pasukan yang sememangnya tidak dijangka akan bertemu di pentas akhir Euro 2012 iaitu dua pasukan terhebat Eropah yang masing-masing akan merebut mahkota gelaran Raja Bola Sepak Eropah bagi tahun 2012. Dua pasukan tersebut adalah ITALY dan SPAIN.

Apa pun pilihan anda semua tetap tidak dapat merubah kedudukan sehingga tamat wisel permainan 90 minit di atas padang. Pun begitu, jikalau permaian terikat dengan keputusan seri sehingga 120 minit makan kepakaran sepakan penalti kedua-dua pasukan dituntun untuk menentukan Juara Euro 2012. Jadi Siapakah Juara Euro 2012 pada kali ini?? Ayuh sama-sama kita tunggukan keptusannya..

Keputusan Penuh Final Euro 2012 Spain vs Italy :

Italy 0 - 4 Spain