Santau adalah salah satu cabang sihir atau perbuatan khas ditujukan kepada musuh. Pelbagai jenis santau yang ditujukan seperti santau angin, santau fizikal, santau gemuk dan lain-lain.
Mengapa santau ini boleh berlaku di dalam masyarakat kita? Santau dihantar kepada musuh kerana iri hati,cemburu,ketidakpuasan hati individu kepada individu lain,berperasaan hasad dengki,benci dan sebagainya..
Terdapat santau yang dikenali santau gemuk, di mana bahan santau ini diperolehi daripada hutan (dibuat drpd daging gajah yang dipuja). Tujuan utama santau ini adalah untuk menyakitkan dan pada satu tahap boleh membunuh.
Tanda-tanda terkena santau gemuk ini adalah seperti rasa tidak tenteram,fikiran bercelaru,jatuh sakit,berat badan bertambah,rasa sesak nafas menjelang waktu asar,kuku berwarna kebiru-biruan,badan mempunyai kesan lebam dan yang lebih teruk batuk berpanjangan atau batuk berdarah.
Santau gemuk ini dikatakan cara atau jalan mudah untuk menyakiti musuh dan kekejaman manusia menghantar santau boleh menjejaskan corak persekitaran hidup di mana seseorang mangsa yang telah disantau seperti hilang pertimbangan dan gagal mengawal perasaan diri sendiri. Mereka juga cepat beremosi,rasa marah,putus asa dan sebagainya.
Santau gemuk dikatakan juga mangsa bertambah berat badan walaupun corak pemakanan adalah sama. Mangsa telah berdiet tetapi gagal mencapai berat yang diidamkan tetapi berat badan meningkat naik. Sekiranya perkara ini berlaku kepada anda dan keluarga anda, bawalah mereka mendapatkan rawatan perubatan moden dan kaedah perubatan islam untuk memulihkan santau tersebut.