Nufie

My Churp-Churp

Saturday, August 13, 2011

Resepi Biskut Reben

BAHAN-BAHAN:

190 gm mentega

100 gm gula aising

2 biji telur putih

250 gm tepung

150 gm tepung ubi

100 gm kuaci bunga matahari

1/2 sudu kecil tepung kastad


CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati.

2. Masukkan putih telur, tepung, tepung jagung dan kuaci bunga matahari.

3. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk.

4. Setelah itu, terap mengikut acuan yang digemari.

5. Letakkan adunan di dalam loyang pembakar dan bakar pada suhu 170oC selama 15 minit.

Sri : Selamat Mencuba....

Sunday, July 24, 2011

Cerita Perkahwinan Memey & Norman Menjelang 28 September 2011


Pelakon Memey Suhaiza akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta pada majlis persandingannya dengan Norman Hakim di Crowne Plaza Mutiara pada 28 September 2012 yang ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.

Menurut wakil Rafflesia selaku perancang perkahwinan pasangan itu, Bill Bora, sebanyak enam penaja yang akan bekerjasama dengan Rafflesia iaitu Lords Tailor, Snips, Angsana Spa, Crown Plaza, Naz(pereka pelamin dan dewan) dan Prof. Datuk Jimmy Choo.

"Memey akan memakai sebanyak dua persalinan baju dan antara tajaan yang diterima ialah, set barangan kemas yang bernilai RM5.6 juta, gaun bertatahkan mutiara Rafflesia bernilai RM1 juta dan kasut rekaan Jimmy Choo (RM600 ribu).

Tambah Bill, tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan New York Look dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.

Lebih menarik lagi beberapa selebriti antarabangsa turut dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut dan perkahwinan ini mungkin boleh dianggap sebagai 'Wedding of The Year'.


Wednesday, May 18, 2011

SAKSIKAN FILEM NUR KASIH THE MOVIE DITAYANGAN PADA 19 MEI 2011

LAGU TEMA: Nur Kasih The Movie - Yassin & Tizz Zaqyah 

          Drama bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.

        Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.

         Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.

 

Renungan Minda : Filem Nur Kasih The Movie ini dibintangi oleh Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudhah, Liza Othman, Munif Isa, Sara Ali, Adik Mia Sara Nasuha, Adik Ilyas Suhaimi