Nufie

My Churp-Churp

Sunday, February 17, 2013

Bunting Pelamin

 Sekadar Gambar Hiasan

Apakah Bunting Pelamin?? Bunting pelamin ni dikira bila kita kahwin & "bersama" terus je lekat.. tanpa melalui lagi sekali proses datang haid...Apakah Pasangan Telah Bersedia.....?

Wednesday, February 13, 2013

KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA

TIPS KEBAHAGIAAN PASANGAN SUAMI ISTERI

Amalan kerjasama di antara pasangan suami isteri dikatakan kaedah utama pasangan tersebut menemui kebahagian yang dicari di dalam alam rumah tangga. Konsep kasih sayang 'give and take' boleh diamalkan bersama pasangan adalah sumber faktor mencapai kualiti kebahagiaan rumah tangga. Suami atau isteri perlu berusaha mencari keindahan alam berumah tangga di sebalik ketidaksempurnaan /kekurangan suami atau isteri masing-masing. Kepentingan dan usaha suami atau isteri mencari keindahan dan keceriaan hidup berkeluarga melambangkan kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Sebagai contoh yang boleh dikongsi ialah orang miskin yang tiada harta  tapi kaya dengan kasih sayang kerana mereka sentiasa berkongsi kasih sayang antara ahli keluarga walaupun hidup dalam kesusahan. Namun begitu, perkongsian kasih sayang di antara suami isteri melahirkan perasaan cinta yang erat dalam rumah tangga.  Selain itu juga, kebahagiaan dalaman perlu ada dalam diri suami isteri untuk cerminan diri bagi mengekalkan kebahagiaan perhubungan di dalam rumah tangga. Oleh yang demikian, kebahagiaan dalaman boleh dibentuk melalui sikap tolong menolong, bekerjasama dan saling hormat menghormati sesama insan yang lain. Jika anda, suami atau isteri diberikan payung kecil @ besar,apakah pilihan anda? Di sini dapat dikongsikan pengalaman sekiranya anda memilih payung kecil, anda boleh berkongsi payung dengan pasangan anda. Pada ketika inilah, kasih sayang pasangan akan lebih erat seperti saat-saat bercinta. Dan sebaliknya, jika anda memilih payung besar ini jelas bermaksud anda hanya mementingkan diri anda sendiri tanpa mahu bersikap manja bersama pasangan anda. Keadaan ini boleh menjarakkan kasih sayang di dalam hubungan anda.

Tuesday, February 12, 2013

KHASIAT DAGING ITIK!

KHASIAT DAGING ITIK ADALAH SUMBER PROTEIN DAN ZAT BESI.


Daging itik tinggi dengan vitamin B dan membantu penghadaman makanan.itulah khasiat di sebalik makan daging itik.seperti yang sedia maklum daging itik mengeluarkan bau hamis, tetapi kita boleh pelbagaikan daging itik dengan menggayakan masakan seperti itik panggang atau itik berempah atau sebagainya.cara masakan ini dapat  menarik minat untuk mencuba masakan daging itik.Penghidap penyakit jantung atau penghidap kolesterol yang tinggi perlu menghadkan masakan berasaskan daging itik kerana ianya mengandungi kandungan kolesterol adalah tinggi. kajian turut dijalankan di mana kandunan daging itik turut mengandungi folik yang boleh memberi kebaikan kepada ibu-ibu mengandung.juga telur itik sedap dimakan dengan cara membuat telur goreng atau telur masin bagi ibu- ibu di luar sana gemar memasak resepi telur itik masak lemak cili padi.