Nufie

My Churp-Churp

Saturday, March 17, 2012

Harga Proton P3-21A Di Antara RM62K – RM75K!!

Demo Proton  P3-21A Di Bukit Jalil

Baru-baru ini Malaysia disebarkan dengan berita kereta keluaran Proton yang baru 2012. Rakyat Malaysia turut disajikan dengan  Video Teaser & Pameran Proton P3-21A di Bukit Jalil  yang cukup menarik perhatian peminat-peminat kereta Proton Malaysia khususnya. 

Di antara ciri-ciri yang ada pada Proton P3-21A adalah :

  • ABS, EBD and ESC
  • 7-speed Protronic Paddle-Shift Transmission
  • LED Running Lights, Front & Back Lights, Front Grille
  • Push-Start Button
Tempahan kereta keluaran Proton terbaru ini telah boleh ditempah bagi yang berminat. Caranya mudah sahaja iaitu dengan :
  • Membayar yuran tempahan sebanyak RM500.
  • Harga Proton P3-21A yang ditawarkan : Antara RM62,000 untuk model asas sehingga RM75,000 untuk model Proton P3-21a untuk spesifikasi tinggi

 Spesifikasi Ringkas mengenai Model Proton Baru 2012 (Proton P3-21A) : 

 - dilengkapi enjin 1.6 liter CFE berkuasa, rangka badan (body frame) HPF yang lebih kukuh, transmisi CVT dengan tiga mode pemanduan iaitu ekonomi, sport dan SAT, penganjak pedal (paddle shifter), empat beg udara, ruang bonet seluas 508 liter, butang penghidup enjin start/stop dan pelbagai lagi. 

 

Ciri-Ciri Keselamatan Yang Ada Pada Proton P3-21A :

  1. 4 Wheel ABS & EBD with 4 Wheel Disc Brake
  2. TC (Traction Control)
  3. ESC (Electronic Stability Control)
  4. BA (Braking Assist)
  5. 4 AIRBAG - Airbag penumpang hadapan boleh di ON/OFF, untuk keselematan jika Bayi diletakkan di tempat duduk hadapan
  6. 5 STARS Australia NCAP - Orang ramai tidak perlu lagi ragu-ragu tentang ketulenan markah penuh ujian perlanggaran P3-21A ini, kerana prosedur NCAP, pemilihan unit yang akan diuji bukan ditentukan oleh Proton atau syarikat pembuat kereta. Tetapi wakil NCAP dari Austrlia akan datang sendiri ke kilang model tersebut dan memilih sendiri secara rawak unit yang akan diuji. Jadi tiada lagi persoalan tentang markah penuh ujian perlanggaran NCAP. Dan saya sendiri tidak hairan tentang markah penuh tersebut setelah milihat video perlanggaran P3-21A dengan kelajuan 140km/h, bahagian ‘pilar A’ langsung tidak bengkok, terkesan atau sebagainya, ini membuatkan cermin hadapan tidak berderai, hanya retak atas kesan letupan Airbag sahaja. Untuk perbandingan, diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic, hanya Civic sahaja yang mempunyai rekod NCAP, iaitu Japan NCAP.

 

Tuesday, January 17, 2012

‘Orang Minyak’ Dan 25 Jin Berjaya Ditangkap, Disumbat Dalam Botol!


Tiga pakar ilmu Islam bergabung. Pengalaman dan ilmu digunakan sepenuhnya. Biarpun terpaksa berhempas pulas lebih dua jam, misi memerangkap orang minyak berakhir dengan jaya. Melegakan penduduk kampung, bukan hanya orang minyak yang masuk perangkap, gangguan sampingan oleh jin-jin lain turut tumpas. Kesudahan misi, 25 botol digunakan untuk memerangkap jin-jin terbabit, termasuklah jelmaan jin orang minyak yang menjadi ibu gangguan misteri di kampung tersebut. Pengamal Perubatan Darul Muhsinin, Ustaz Othman Mohd Salleh ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia yakin makhluk dikaitkan dengan kehadiran orang minyak di kampung itu dapat diperangkap.

Menurutnya, lima jin utama yang berada sekitar kawasan kampung itu telah diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol. “Orang minyak itu adalah jel­maan jin, jika pengamalnya menggunakan minyak maka jin atau khadamnya akan muncul dalam bentuk itu dan dengan kuasa ALLAH, saya yakin salah satu daripadanya jelmaaan makhluk yang dikatakan orang minyak itu dapat diperangkap ,” katanya. Upacara pembersihan dengan doa dan ayat suci al-Quran dilakukan jam 11.30 malam semalam, di sebuah rumah dibantu seorang wanita yang menjadi pengantara.
Program bermula dengan soal jawab dilakukan Ustaz Othman melalui jin yang memasuki tubuh wanita sebelum satu persatu jin diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

Perjalanan upacara terganggu seketika selepas jin-jin yang hadir terlalu banyak di dalam rumah itu menyebabkan dua lagi ustaz daripada Perubatan Syifa’ Al-Ikhlas dipanggil. Kehadiran dua ustaz nyata membantu, apabila satu persatu jin yang dikatakan mula memenuhi segenap pelosok rumah berkenaan berjaya diperangkap. Tepat jam 1.45 pagi upacara tersebut selesai dan terdapat 25 jin berjaya diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

Saturday, January 7, 2012

Pondan Pun Nak Join Perhimpunan 901 Bela Anwar

Golongan pondan dan pekerja seks akan turut menyertai perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada Isnin depan? Begitulah antara berita yang tersebar di dalam ruangan forum dan blog sejak akhir-akhir ini.
Dalam salah satu entry yang tersiar dalam blog Teruna Desa, turut disiarkan gambar pekerja seks di Chow Kit yang menyatakan hasrat mereka untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

” Apa salahnya kalau orang macam kami nak sertai perhimpunan itu, hina sangatkah?
” Lagipun kami merasakan kami dah lama terpinggir dan didiskriminasi, kami perlukan pembelaan seperti mana Datuk Seri Anwar perlukan pembelaan untuk dirinya,” kata Meliasa (bukan nama sebenar), salah seorang pekerja seks di dalam blog berkenaan.

Hari ini polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.
Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberi kelonggaran kepada penyokong Anwar untuk mengadakan perhimpunan di lokasi lain tetapi bukan di kawasan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta.

 Sehingga semalam sebanyak 535 laporan polis dibuat di seluruh negara membantah perhimpunan anjuran PKR itu pada Isnin depan oleh pelbagai pihak termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Anwar yang dipetik dalam The Malaysian Insider sebelum ini menyokong hak Seksualiti Merdeka untuk melahirkan pandangan pihak terbabit berkenaan isu yang diketengahkan
“Isu di sini bukan sama ada menyokong atau tidak menyokong. Isunya ialah anda menyerang mereka. “Itu perkara yang berbeza. Adakah kita di negara ini tidak boleh bercakap mengenai perkara ini?” kata beliau baru-baru ini.

Sehubungan itu, Anwar berkata pihak berkuasa seharusnya melibatkan Seksualiti Merdeka dalam perbincangan jika mereka tidak bersetuju dengan matlamat program tersebut daripada menggunakan dasar-dasar yang ekstrem untuk menangani pergerakan hak asasi seksual.