Thursday, November 17, 2011
Kedudukan Pingat Malaysia Sukan Sea 2011
Kedudukan terkini pungutan Pingat Sukan SEA ke-26 Jakarta-Palembang 2011 setakat jam 0800 HRS 17 November 2011.
Sunday, November 13, 2011
Cuti Kakitangan JKM Dibeku Hadapi Banjir
Seramai 600 kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu dibekukan cuti bermula 8 November lalu ekoran ramalan hujan lebat dan banjir besar akan melanda pada musim tengkujuh kali ini. Pengarah JKM Negeri, Zuhami Omar berkata, bekalan makanan seperti sardin, minyak masak, gula, susu bayi dan selimut juga telah ditempatkan di depot bencana Zon Timur bagi menghadapi kemungkinan bencana itu berlaku.
JKM Terengganu memperuntukkan kira-kira RM1.1 juta bagi keperluan makanan kepada mangsa banjir di negeri tersebut. JKM membuat persiapan rapi kerana ramalan Jabatan Meteorologi hujan lebat akan melanda pada musim tengkujuh. Mengulas lanjut, Zuhami berkata, JKM Terengganu akan membuat persiapan rapi bagi memastikan bekalan makanan yang akan diagihkan kepada mangsa banjir mencukupi.
Selain JKM, kerajaan negeri turut membuat persiapan yang sewajarnya untuk berhadapan kemungkinan banjir dengan menubuhkan Jawatankuasa Bencana Banjir. Jawatankuasa itu bertujuan melicinkan misi bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat di setiap daerah khususnya bagi proses pemindahan serta agihan bantuan keperluan harian. Kerajaan negeri turut menyediakan 347 pusat pemindahan banjir yang mampu menampung lebih 51,000 mangsa banjir dalam satu-satu masa.
Tuesday, November 1, 2011
Bahaya Ubat Gigi Berflourida!
Ubat Gigi
Tahukah kita tentang ubat gigi yang berada di pasaran kini mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja dan ia digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Dan bahan itu ialah Fluorida.
Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai “sodium monofluorophosphate” (smlp) atau “sodium fluoride” dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga di pertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya. Dan menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai ‘ubat baru yang tidak diluluskan’ kerana tiada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya. Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengelaskan fluorida sebagai ubat untuk gigi yang tidak diluluskan disebabkan kandungan racunannya yang tinggi.
Satu tinjauan dijalankan dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat dan didapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida, telah menelan antara 0.3 – 0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi. Bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang sepatutnya dengan hanya memberus gigi.
MENGAPA KITA TIDAK PERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
- Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi untuk keperluan seseorang.
- Pihak berkuasa di Malaysia telah menambah fluorida ke dalam sistem bekalan pengairan. Oleh itu, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada.
- Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain.
- Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin.
Oleh sebab itu, kita tidak memerlukan fluorida tambahan daripada ubat gigi atau ubat kumur, yang mampu memudaratkan kesihatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)