Kemalangan Ngeri di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
Berita mengejutkan kepada masyarakat tempatan pada pagi ini yang melibatkan kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, yang meragut 28 nyawa adalah yang paling dahsyat dalam sejarah negara.
Dua puluh tujuh pelancong Thailand dan seorang rakyat Malaysia terbunuh selepas bas pesiaran yang mereka naiki terbalik ke dalam longkang di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, jam 11.40 pagi tadi.
Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Katanya, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.
Rakyat tempatan yang terbunuh itu dipercayai pemandu atau pembantu pemandu bas terbabit.
Menurut sumber Tourism Malaysia pula, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.
13 comments:
Kemalangan yang menimpa sangat memberi kesan kepada penumpang2 lain untuk menggunakan perkhidmatan bas ini. Seingat Garuda tahun ni tidak kurang dari 3 kemalangan yang melibatkan bas sehingga meragut beberapa nyawa. Siapa yang harus dipersalahkan di dalam kejadian yang berlaku ini? Sama-samalah kita fikir-fikirkan jawapannya..
dah la melibatkan ramai pelancong asing..mungkin akan bagi kesan kepada negara kita nanti..
aduh accident lagi.dah lah musim hujan ni..cuti sekolah pun lama lagi.Takut kat highway tgk kereta berduyun2
takziah kpd keluarga mangsa..
tahun ni ajer dah banyak mana kemalangan libatkan bas....
da la muat pelancong.. makin fobia dorang nak mai malaysia
Salah siapa..salah jalan.. salah pemandu.. salah bas..
hurmm.. malang tidak berbau. apa pun, pemandu bas kena memandu dengan cermat dan sentiasa berwaspada.
tak dapat jugak nak salahkan pemandu bas 100%..
hurm.. tu sbb mak malas ajak ayah g sana..ayah selalu ngantuk.. bahaya la.. jalan tu
jangan biarkan kemalangan spt ini berlaku lagi
Salam, jalan tu cam Ok jer bila teman guna 3 bulan lepas, camner buleh terbabas? Dah nak malang.
Sama2 kita fikirkan garuda...yg selalu dipersalahkan adalah pemandu...
erm...betu tu...sedikit sebanyak kejadian ini memberikan impak yang negatif kepada negawa kita
ngeri kan kemalangan ni..siyez kecUt perot bace... aih..
Post a Comment