Nufie

My Churp-Churp

Saturday, October 15, 2011

Remaja Tipu Hamil Dapat Durian Runtuh

 
GABY RODRIGUEZ

Menipu bahawa dirinya hamil untuk satu projek sekolah membawa keuntungan berterusan kepada seorang remaja AS, Gaby Rodriguez. Berasal dari Washington, Rodriguez mendedahkan mengenai penipuannya pada sesi perhimpunan sekolah, April lalu semasa dia berusia 17 tahun.

Menurut Rodriguez, dia bertindak demikian untuk melihat reaksi masyarakat berhubung kehamilan dalam kalangan remaja. Projek tersebut menaikkan nama Rodriguez sehingga dia menjadi tajuk utama media antarabangsa, selain berpeluang muncul dalam rancangan bual bicara beberapa stesen televisyen. Kini, dia turut ditawarkan kontrak filem dan buku. Peguamnya, Anne Bremner berkata, setiap kontrak bernilai sekitar AS$100,000 (RM314,744).

Pada minggu ini, Bremner dan Rodriguez berkunjung ke bandar raya Vancouver, Negeri British Columbia untuk melihat sendiri penggambaran filem yang diolah berdasarkan pengalamannya, The Pregnancy Project. Dibintangi aktres Spykids, Alexa Vega, ia akan ditayangkan di saluran Lifetime awal tahun depan, serentak dengan penjualan bukunya.

4 comments:

yusuflaili said...

salam;
kenapa tak ada pihak saman budak ni.!!..Ishh! tak baik menipu jgn amalkan kat negara kita.

Kalamhati said...

untung dia..kalu kt sini mau dah kena saman dia ni dan kena kutuk kan..huhu

ain dzaya said...

bijak dia! pandai berfikir untuk dapat wang.

ctk said...

bijak2...ngadung pon bley buat duit . kita plak asek popular ngan buang ank je..