Nufie

My Churp-Churp

Tuesday, November 1, 2011

Bahaya Ubat Gigi Berflourida!

Ubat Gigi

Tahukah kita tentang ubat gigi yang berada di pasaran kini mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja dan ia digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Dan bahan itu ialah Fluorida.

Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai “sodium monofluorophosphate” (smlp) atau “sodium fluoride” dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga di pertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya. Dan menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai ‘ubat baru yang tidak diluluskan’ kerana tiada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya. Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengelaskan fluorida sebagai ubat untuk gigi yang tidak diluluskan disebabkan kandungan racunannya yang tinggi.

Satu tinjauan dijalankan dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat dan didapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida, telah menelan antara 0.3 – 0.4 mg  fluorida setiap kali memberus gigi. Bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang sepatutnya dengan hanya memberus gigi.

MENGAPA KITA TIDAK PERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
  • Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi untuk keperluan seseorang.
  • Pihak berkuasa di Malaysia telah menambah fluorida ke dalam sistem bekalan pengairan. Oleh itu, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada.
  • Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain.
  • Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin.
Oleh sebab itu, kita tidak memerlukan fluorida tambahan daripada ubat gigi atau ubat kumur, yang mampu memudaratkan kesihatan.

4 comments:

Marliyana Mk said...

laaaa igtkan fluorida bagus

ishhhh2

thnkx 4 sharing :)

zul permatang badak said...

emmmm lama dah guna, adeh...nampaknya kena guna arang...atau kayu sugi......
bahaya kan......

Anonymous said...

selama nie pengguna diwar2kan fluorida tue baik utk gigi upenye bahaya

khairul@kechik said...

iklan colgate tu tipu je la ek.. patut r bahaya kalo tertelan ubat gigi.