Nufie

My Churp-Churp

Wednesday, April 11, 2012

Gempa di Aceh: Gegaran dirasai di Semenanjung

 Tsunami Datang Lagi???

Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Acheh, Sumatera Utara Indonesia hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.Gegaran tersebut dirasai kira-kira pukul 4.50 petang. Pihak bomba turut menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.
Di KANGAR, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.
Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.
Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis. 
 
Sekilas Pandang : Dan turut dirasai adalah di Apartment Putrajaya ketika kami sekeluarga sedang menonton televisyen. Kami sekeluarga dapat merasakan keadaan rumah yang bergoyang-goyang dalam beberapa minit.