Nufie

My Churp-Churp

Showing posts with label Tsunami Jepun. Show all posts
Showing posts with label Tsunami Jepun. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

Gempa di Aceh: Gegaran dirasai di Semenanjung

 Tsunami Datang Lagi???

Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Acheh, Sumatera Utara Indonesia hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.Gegaran tersebut dirasai kira-kira pukul 4.50 petang. Pihak bomba turut menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.
Di KANGAR, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.
Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.
Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis. 
 
Sekilas Pandang : Dan turut dirasai adalah di Apartment Putrajaya ketika kami sekeluarga sedang menonton televisyen. Kami sekeluarga dapat merasakan keadaan rumah yang bergoyang-goyang dalam beberapa minit.

Saturday, March 12, 2011

TSUNAMI MELANDA JEPUN

 Jepun Dilanda Tsunami 2011



 Gambaran Tsunami Yang Berlaku Di Jepun


Tsunami yang sangat ganas setinggi 10 meter kesan daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang terkuat pernah dicatatkan melanda Jepun, meragut beribu-ribu nyawa penduduk ketika ia menghentam bot, kereta dan kediaman manakala kebakaran meletus tanpa kawalan.Amaran tsunami dikeluarkan ke seluruh Pasifik, sehingga sejauh Amerika Selatan, Kanada, Alaska dan seluruh pantai barat Amerika Syarikat.

Menurut polis Jepun, dianggarkan antara 200 hingga 300 mayat ditemui di kawasan perairan Sendai, bandar paling dekat dengan pusat gempa bumi. Polis berkata, setakat ini 88 orang disahkan terbunuh dan 359 orang masih dilaporkan hilang. Angka kematian dijangka terus meningkat berdasarkan skala bencana alam berkenaan. Orang ramai diberi amaran untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.

Siaran televisyen turut memaparkan kebakaran dan kepulan asap hitam sekitar bangunan di Odaiba, pinggir bandar Tokyo dan perkhidmatan kereta api laju ke arah utara terpaksa dihentikan. Rakaman televisyen turut menunjukkan bot, kereta dan trak terapung di atas air selepas tsunami kecil melanda bandar Kamaichi yang terletak di utara Jepun. 

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan berkata, kerajaan telah mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat. “Gempa bumi ini mengakibatkan kemusnahan besar di bahagian utara Jepun. Kerajaan akan menjalankan semua usaha yang perlu bagi memastikan keselamatan rakyat dan meminimumkan kerosakan,” katanya pada satu sidang media khas. Agensi berita Kyodo melaporkan, beberapa kebakaran turut berlaku di bandar Sendai, yang menyaksikan ombak besar menghanyutkan kenderaan di landasan lapangan terbang.

Di wilayah Wakayama, 20,000 penduduk diarahkan berpindah selepas amaran tsunami dikeluarkan dan beberapa gegaran susulan melanda. Menurut wartawan Reuters, Mariko Katsumura, penumpang kereta api bawah tanah menjerit dan memegang tangan penumpang lain. Gegaran yang terlalu kuat membuatkan mereka sukar untuk berdiri. Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebelum ini mengesahkan gempa bumi tersebut berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Pasaran saham Tokyo turut mengalami kerugian selepas gempa bumi itu diumumkan. Menurut bank pusat, mereka akan melakukan apa sahaja bagi memastikan kewangan kembali stabil. 

Renungan Minda :  Kejadian Tsunami Yang Melanda Negara Jepun Amat Membimbangkan Kerana Telah Mengakibatkan Kerugian Besar Kepada Penduduk Dan Negara Jepun Khususnya Melumpuhkan Pasaran Saham & Mata Wang Jepun. Sebagai Rakyat Malaysia Sama-Samalah Kita Merenung Kembali Musibah Yang Melanda Jepun Ketika Ini. Sama-Samalah Kite Berdoa Agar Negara Malaysia Dijauhi Dr Malapetaka Seperti Ini.Amin....