Tuesday, June 26, 2012
Aaron Aziz Kini Penduduk Tetap Malaysia, MyPR Diterima Awal Jun
Berita baik untuk semua peminat Aaron Aziz (mungkin berita kurang baik untuk Zed Zaidi) apabila Aaron Aziz mengesahkan yang dia sudah menerima kad MyPR semenjak awal Jun yang lalu. Ini bermakna, Aaron kini adalah penduduk tetap Malaysia yang sah. Jutaan tahniah diucapkan kepada Aaron Aziz dan keluarga atas berita gembira ini.
Bercakap kepada wartawan Kosmo hari ini, Aaron Aziz mengakui yang dia tidak mahu menyebarkan berita ini kepada umum. Kata Aaron:-
Saya minta maaf kepada semua pihak kerana dari awal lagi tidak menghebahkan kelulusan permohonan PR saya kepada umum. Saya fikir, perkara itu tidak perlu dikecoh-kecohkan. Tetapi, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengirimkan salinan dokumen sulit saya itu kepada umum, barulah saya rasa perkara itu perlu dijelaskan. Saya sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun. Saya harap pengakuan saya ini akan menjelaskan segala persoalan semua pihak.
Semoga dengan penerimaan kad MyPR ini, tidak ada lagi isu yang ditimbulkan mengenai Aaron Aziz dan keluarganya. Kepada Aaron, teruskan berkarya di bumi Malaysia ini. Semoga anda akan terus maju jaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment