Nufie

My Churp-Churp

Thursday, June 7, 2012

Ranking FIFA Terkini Bola Sepak Malaysia


SKUAD bola sepak kebangsaan turun satu anak tangga ke kedudukan 154 dunia dalam ranking terbaru dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam. Keputusan seri 0-0 dengan Filipina Jumaat lalu, menyaksikan Malaysia kini mengumpul 151 mata, kurang dua mata berbanding bulan lalu manakala Filipina turut turun satu anak tangga ke kedudukan 149. Bagi memastikan Malaysia tidak dipintas Singapura yang kini naik satu anak tangga ke kedudukan 157 dunia, skuad kebangsaan tidak boleh tewas pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Jalan Besar, malam esok.

Ini kerana, jumlah mata Malaysia tidak mampu diatasi Singapura jika skuad kendalian Datuk K Rajagobal sekurang-kurangnya menang sekali dan seri sekali pada dua aksi bertemu Singapura, termasuk di Stadium Shah Alam, Selasa depan. Malaysia kena akur dengan ranking FIFA dan tak boleh pertikai cara perkiraannya. Tapi kekuatan pasukan, Malaysia masih mampu beri saingan biarpun Vietnam di kedudukan 98, Thailand 136, Filipina 149 dan Indonesia 151. Untuk pengetahuan, Malaysia sudah hantar permohonan kepada Vietnam untuk aksi persahabatan. Cuma Vietnam belum beri persetujuan. Kalau jadi, kita boleh tunjukkan sejauh mana pasukan ranking 154 mampu bersaing dengan pasukan ranking 98.

Jadi untuk bertemu Singapura (esok), fokus Malaysia hanyalah menang. Walaupun ia sekali lagi membabitkan ranking, dan tak mahu jurulatih dan pemain terlalu tertekanDalam setiap aksi skuad Harimau Malaya..

No comments: