Nufie

My Churp-Churp

Friday, July 13, 2012

Adik Penyanyi Alyah Dihukum Penjara 7 Tahun Kerana Menyamun

BERSALAH...Faizal (kanan) di luar mahkamah, semalam.

Adik penyanyi, Alyah dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas dia didapati bersalah menyamun ahli perniagaan warga Singapura, dalam kejadian Januari lalu.

Mohd Faizal Abu Hasan, 29, pembantu kedai makan, didakwa menyamun Rohana Jamal, 30, yang memegang pasport S7414495F dengan merampas beg tangannya, di hadapan Masjid Taman Tampoi Indah, dekat sini, kira-kira jam 1.15 petang, 23 Januari lalu. Hakim Zamri Bakar memerintahkan Mohd Faizal menjalani hukuman terbabit bermula daripada tarikh dia ditahan, 15 Mac lalu.
Tertuduh yang kini sudah bercerai dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam tertuduh, Syed Ahmad Sadik Syed Ahmad Kabeer memohon mahkamah menangguhkan hukuman berkenaan, namun ditolak Zamri dengan alasan tiada hak keistimewaan diberikan kepada tertuduh.

Sumber : BHarian