Saturday, January 28, 2017
Saturday, April 18, 2015
New Experiencing In Sunway Resort Hotel & Spa
Sunday, February 1, 2015
Holiday Time!
"Once in holiday time, it's would be a rest time for us.Supposely we attended to somewhere places with a beautiful calm."
Tempat percutian yg telah dipilih adalah MarinaCoveResort, Lumut.Salah satu tempat percutian menarik & kedudukan strategik di tepi pantai.
Tips Untuk Percutian Anda:
#Langsaikan Kerja Anda#Pilih cuti umum#Rancang Cuti#

Labels:
Marinacove resort Lumut perak
Location:
Lumut, Perak, Malaysia
Monday, December 16, 2013
ZIARAH MENU DI LONDON
JALAN-JALAN & CARI MAKAN DI LONDON
Kami berpeluang mengembara ke Europe pada bulan November 2013 yang lalu. Di London, kami tidak melepaskan peluang having a dinner at the one of Halal Indian Restaurant. Alhamdulillah..kami dapat singgah dan merasai makanan yang disediakan oleh Indian Chef. Harga yang diletakkan dalam menu berpatutan dan lebih murah berbanding restauran makanan India yg lain. Lokasi Indian Restaurant ini berdekatan dengan Imperial Hotel tempat kami menginap. Menu yang menjadi pilihan dinner kami adalah Prawn Briyani (9.95 pounds) dan Mushrom Fried Rice (3.95 pounds).
Monday, September 23, 2013
PESANAN BUAT KITA SEMUA.INSYA-ALLAH...
Sebagai khalifah yg berada di muka bumi Allah sentiasa menghadapi ujian dan kesukaran untuk berjaya mengejar cita2 serta impian masing-masing. Pesanan ini dikongsi bersama-sama supaya kita akan bertambah yakin dan lebih bersemangat meneruskan kehidupan dengan pelbagai cabaran yang menanti pada masa depan.
Friday, July 19, 2013
Shisha Diharamkan Di Malaysia Mulai 19 Julai 2013
![]() | ||||
| Keseronokan Menghisap Shisha |
Kerajaan mengambil langkah mengharamkan penggunaan Shisha dan penjualan Shisha kerana ia mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding rokok.Gejala menghisap rokok dilihat berleluasa di kalangan remaja dan ternyata kandungan Shisha boleh mendatangkan kemudaratan kesihatan kepada penggunanya.
Saturday, June 29, 2013
Saturday, February 23, 2013
SANTAU ATAU TUJU-TUJU
IMPLIKASI SANTAU ATAU TUJU-TUJU DALAM MASYARAKAT KINI
Santau adalah salah satu cabang sihir atau perbuatan khas ditujukan kepada musuh. Pelbagai jenis santau yang ditujukan seperti santau angin, santau fizikal, santau gemuk dan lain-lain.
Mengapa santau ini boleh berlaku di dalam masyarakat kita? Santau dihantar kepada musuh kerana iri hati,cemburu,ketidakpuasan hati individu kepada individu lain,berperasaan hasad dengki,benci dan sebagainya..
Terdapat santau yang dikenali santau gemuk, di mana bahan santau ini diperolehi daripada hutan (dibuat drpd daging gajah yang dipuja). Tujuan utama santau ini adalah untuk menyakitkan dan pada satu tahap boleh membunuh.
Tanda-tanda terkena santau gemuk ini adalah seperti rasa tidak tenteram,fikiran bercelaru,jatuh sakit,berat badan bertambah,rasa sesak nafas menjelang waktu asar,kuku berwarna kebiru-biruan,badan mempunyai kesan lebam dan yang lebih teruk batuk berpanjangan atau batuk berdarah.
Santau gemuk ini dikatakan cara atau jalan mudah untuk menyakiti musuh dan kekejaman manusia menghantar santau boleh menjejaskan corak persekitaran hidup di mana seseorang mangsa yang telah disantau seperti hilang pertimbangan dan gagal mengawal perasaan diri sendiri. Mereka juga cepat beremosi,rasa marah,putus asa dan sebagainya.
Santau gemuk dikatakan juga mangsa bertambah berat badan walaupun corak pemakanan adalah sama. Mangsa telah berdiet tetapi gagal mencapai berat yang diidamkan tetapi berat badan meningkat naik. Sekiranya perkara ini berlaku kepada anda dan keluarga anda, bawalah mereka mendapatkan rawatan perubatan moden dan kaedah perubatan islam untuk memulihkan santau tersebut.
Sunday, February 17, 2013
Bunting Pelamin
Sekadar Gambar Hiasan
Apakah Bunting Pelamin?? Bunting pelamin ni dikira bila kita kahwin & "bersama" terus je lekat.. tanpa melalui lagi sekali proses datang haid...Apakah Pasangan Telah Bersedia.....?
Wednesday, February 13, 2013
KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA
TIPS KEBAHAGIAAN PASANGAN SUAMI ISTERI
Amalan kerjasama di antara pasangan suami isteri dikatakan kaedah utama pasangan tersebut menemui kebahagian yang dicari di dalam alam rumah tangga. Konsep kasih sayang 'give and take' boleh diamalkan bersama pasangan adalah sumber faktor mencapai kualiti kebahagiaan rumah tangga. Suami atau isteri perlu berusaha mencari keindahan alam berumah tangga di sebalik ketidaksempurnaan /kekurangan suami atau isteri masing-masing. Kepentingan dan usaha suami atau isteri mencari keindahan dan keceriaan hidup berkeluarga melambangkan kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Sebagai contoh yang boleh dikongsi ialah orang miskin yang tiada harta tapi kaya dengan kasih sayang kerana mereka sentiasa berkongsi kasih sayang antara ahli keluarga walaupun hidup dalam kesusahan. Namun begitu, perkongsian kasih sayang di antara suami isteri melahirkan perasaan cinta yang erat dalam rumah tangga. Selain itu juga, kebahagiaan dalaman perlu ada dalam diri suami isteri untuk cerminan diri bagi mengekalkan kebahagiaan perhubungan di dalam rumah tangga. Oleh yang demikian, kebahagiaan dalaman boleh dibentuk melalui sikap tolong menolong, bekerjasama dan saling hormat menghormati sesama insan yang lain. Jika anda, suami atau isteri diberikan payung kecil @ besar,apakah pilihan anda? Di sini dapat dikongsikan pengalaman sekiranya anda memilih payung kecil, anda boleh berkongsi payung dengan pasangan anda. Pada ketika inilah, kasih sayang pasangan akan lebih erat seperti saat-saat bercinta. Dan sebaliknya, jika anda memilih payung besar ini jelas bermaksud anda hanya mementingkan diri anda sendiri tanpa mahu bersikap manja bersama pasangan anda. Keadaan ini boleh menjarakkan kasih sayang di dalam hubungan anda.

Tuesday, February 12, 2013
KHASIAT DAGING ITIK!
KHASIAT DAGING ITIK ADALAH SUMBER PROTEIN DAN ZAT BESI.
Daging itik tinggi dengan vitamin B dan membantu penghadaman makanan.itulah khasiat di sebalik makan daging itik.seperti yang sedia maklum daging itik mengeluarkan bau hamis, tetapi kita boleh pelbagaikan daging itik dengan menggayakan masakan seperti itik panggang atau itik berempah atau sebagainya.cara masakan ini dapat menarik minat untuk mencuba masakan daging itik.Penghidap penyakit jantung atau penghidap kolesterol yang tinggi perlu menghadkan masakan berasaskan daging itik kerana ianya mengandungi kandungan kolesterol adalah tinggi. kajian turut dijalankan di mana kandunan daging itik turut mengandungi folik yang boleh memberi kebaikan kepada ibu-ibu mengandung.juga telur itik sedap dimakan dengan cara membuat telur goreng atau telur masin bagi ibu- ibu di luar sana gemar memasak resepi telur itik masak lemak cili padi.

Saturday, January 26, 2013
FILEM BRAVE (ANIMASI DISNEY 2013)
JOM SAKSIKAN FILEM ANIMASI DISNEY TERBARU 2013 BERSAMA KELUARGA ANDA
Tonton Filem Animasi Terbaik 2013!
Seorang puteri kerajaan, Merida yang mempunyai keinginan menjadi pemanah yang terhebat. Merida telah membuat keputusan yang menyebabkan ibu dan kerajaan ayahnya berada dalam keadaan bahaya. Bagaimana Merida menyelamatkan ibu dan kerajaan ayahnya? Jom saksikan Merida dalam Filem Animasi Disney ini....
Monday, November 5, 2012
FILEM TED 2012
Jom Layan Tonton Filem TED!
So enjoy to watch funny TED!Wanna see it again!
Filem mengisahkan John Bennette yang dikurniakan keajaiban mendapat seekor beruang,TED yang boleh berkomunikasi mencetuskan kontroversi di hari menyambut perayaan Natal. Kisah TED mendapat liputan meluas di media dan menjadi rebutan kanak2. TED menjadi kawan setia John Bennett sehingga beliau mencapai usia 35 tahun. Beliau menghadapi pelbagai cabaran melayan karenah TED dan pada masa yang sama ingin menjaga hati dan perasaan kekasihnya,Lori Collins. Jom hayati kisah suka duka perjalanan kehidupan mereka bertiga. Jangan lepaskan peluang menontonnya di panggung. Memang melucukan!
Saturday, October 6, 2012
KEPUTUSAN SEMI-FINAL PERTAMA PIALA MALAYSIA 2012
Keputusan Perlawanan Semi-Final Pertama Piala Malaysia 2012
Pada Sabtu bersamaan 6 Oktober 2012, seluruh rakyat di Negeri Kelantan khususnya telah berpuas hati dan gembira dengan kemenangan pasukan Kelantan 1-0 mengalahkan pasukan kuat Selangor di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan. Nantikan perlawanan timbal balik Pasukan Selangor VS Kelantan di Stadium Shah Alam, Selangor pada 12 Oktober 2012.
Saturday, September 22, 2012
PROMOSI MI SEDAP (MI SEGERA) JIMAT RM1.00
KINI NO.1 MIGORENG DI MALAYSIA PROMOSI JIMAT RM1.00
Seluruh rakyat Malaysia boleh menikmati promosi Mi Sedap Mi Goreng dengan penjimatan RM1.00 untuk setiap pembelian 3 pek (sambal/asli goreng) di kedai-kedai terpilih. Tarikh promosi ini dijalankan bermula dari 21 September 2012 - 30 September 2012.

Tuesday, August 28, 2012
HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE - 55 TAHUN 2012
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE - 55 : 'JANJI DITEPATI
Perarakan Sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan ke - 55 akan disambut dengan meriah di Dataran Merdeka Kuala Lumprpada 31 Ogos 2012 ini. Pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jali untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia. Tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini adalah JANJI DITEPATI di mana usia kemerdekaan tanahair kita telahpun mencapai 55 tahun sehingga ke hari ini.Negara kita masih mampu mengekalkan keamanan dan kedamaian serta berjaya menggerakkan ekonomi yang mantap bagi merealisasikan matlamat negara menjadi salah sebuah negara maju tahun 2020.
Sunday, August 19, 2012
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
SALAM AIDILFITRI
Di kesempatan ini, Sri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitr...Maaf Zahir & Batin....Semoga Lebaran Tahun ini memberikan sinar dan kegembiraan di dalam kehidupan anda sekeluarga. Walaupun sibuk dengan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara, jangan abaikan kesihatan diri & keselamatan diri anda. Jangan terlalu ghairah bermain mercun! Ingat...pandu cermat jiwa selamat...berhati-hati memandu kenderaan di atas jalan raya serta patuhi peraturan had laju di jalan raya semasa musim perayaan ini.
![]() |
| Hari Raya Pertamaku Di Kampung Halamanku...Kelantan Darul Naim.. |
Di kesempatan ini, Sri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitr...Maaf Zahir & Batin....Semoga Lebaran Tahun ini memberikan sinar dan kegembiraan di dalam kehidupan anda sekeluarga. Walaupun sibuk dengan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara, jangan abaikan kesihatan diri & keselamatan diri anda. Jangan terlalu ghairah bermain mercun! Ingat...pandu cermat jiwa selamat...berhati-hati memandu kenderaan di atas jalan raya serta patuhi peraturan had laju di jalan raya semasa musim perayaan ini.
Monday, August 13, 2012
Resepi Kuih Bahulu
Bahan-Bahan
-1 mangkuk telur ayam
-1 mangkuk gula pasir
-Setengah kg. tepung gandum sedikit minyak.
-Acuan kuih bahulu
Cara Membuat
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan sehingga sebati.
3. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak.
4. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
5. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.
6. Untuk meringankan kuih bahulu, panaskan tepung dalam oven tapi jangan terlalu lama, agak-agak hangat.
7. Bakar pada suhu bakar 200C sehingga bahulu kekuningan.
Selamat Mencuba..
Thursday, August 9, 2012
Keputusan Olimpik 2012 Terjun Platform 10 Meter Pandalela Rinong Tempat Ke-2 Layak Ke Separuh Akhir
Pandelela Rinong bermula dengan penuh bergaya dalam acara 10 meter platform wanita individu apabila meraih tempat kedua pada pusingan kelayakan. Dia memungut 349.00 mata selepas lima terjunan dan akan beraksi pada separuh akhir pada pukul 5 petang ini. Bagaimanapun, seorang lagi peserta, Traisy Vivien Tukiet gagal berada di kalangan 18 penerjun teratas apabila sekadar menamatkan cabaran di tempat ke-22 daripada 26 penerjun.
Semoga Pandalela berjaya membutirkan sebutir lagi pingat untuk negara..Malaysia Boleh!!!
Wednesday, August 8, 2012
Menu Pilihan 10 Malam Terakhir Ramadhan : Bergedil Isi Ketam
Alhamdulillah, kita dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan bermula hari ini. Jadi Sri nak kongsi menu yang ringan untuk menjadi juadah kita di masa berbuka dan makanan ringan sewaktu malam sesudah solat tarawih supaya tidak terlalu berat dan mengantukkan.
Resepi Bergedil Isi Ketam
Resepi Bergedil Isi Ketam
Bahan-bahan
500 gm ubi keledek
150 gm isi ketam
2 helai daun sup (dihiris halus)
2 helai daun bawang (dihiris halus)
½ sudu kecil lada putih
150 gm isi ketam
2 helai daun sup (dihiris halus)
2 helai daun bawang (dihiris halus)
½ sudu kecil lada putih
2 biji telur ayam (1 biji untuk dicelup)
Minyak masak
Serbuk perasa
Garam
Minyak masak
Serbuk perasa
Garam
Cara Menyediakan
1. Rebuskan ubi keledek sehingga empuk. Masukkan ke dalam mangkuk besar. Kemudian lenyekkan hingga hancur.
2. Masukkan bahan-bahan lain (kecuali minyak) dan gaulkan hingga sebati.
3. Kemudian ulikan menjadi bentuk bergedil. Pecahkan sebiji telur dan pukul sedikit.
4. Celupkan bergedil satu persatu ke dalam telur yang telah dipukul tadi dan goreng dengan menggunakan yang panas.
5.
Hidangkan bersama sos cili.
SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENYAMBUT 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN..MOGA KITA SAMA-SAMA DIKETEMUKAN ALLAH DENGAN LAILATUL QADAR..AMIN..
Subscribe to:
Posts (Atom)

1300180876.jpeg)