Nufie

My Churp-Churp

Showing posts with label Air Bag. Show all posts
Showing posts with label Air Bag. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

Kereta Wajib Ada Beg Udara Bermula Tahun 2012

 Pengumuman Terbaru Mengenai Penggunaan Beg Udara Yang Diwajibkan 2012

Bertambahlah kos kereta selepas ini....


Mulai tahun depan, semua kenderaan termasuk kereta keluaran Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan diwajibkan memasang beg udara bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kematian akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

Katanya, walaupun tidak ada penguatkuasaan yang dibuat berhubung peraturan itu, ia perlu dilaksanakan untuk memastikan keselamatan setiap pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih terjamin.

“Kita telah melakukan kajian bersama termasuk dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan terbukti beg udara merupakan aksesori keselamatan yang paling penting,’’ katanya kepada pemberita pada Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran MCA Rantau Panjang di sini hari ini.

Peraturan baru itu bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan pacuan empat roda.