Showing posts with label Gambar Spesis Ular Di DUnia. Show all posts
Showing posts with label Gambar Spesis Ular Di DUnia. Show all posts
Thursday, July 12, 2012
Ular Sawa Sepanjang 6.5 Meter Ditemui Di Labis
Seorang penoreh getah di tanah rancangan Felda Tenang di sini trauma selepas dia nyaris dibelit seekor ular sawa batik sepanjang 6.5 meter ketika bekerja di kebunnya semalam. Narizan Ali, 41, memberitahu, kelibat reptilia gergasi itu disedari kira-kira pukul 9.30 pagi ketika dia menoreh dari satu pokok ke satu pokok di kebun getah berkeluasan 3.2 hektar itu.
Bila beliau beralih ke satu pohon lain, beliau terkejut ternampak seekor ular sawa batik yang hanya selangkah dari kedudukannya. Beliau panik dan terus lari sebelum haiwan itu sempat menyerang. Pada masa itu beliau hanya fikirkan mati. Rumahnya yang terletak hanya satu kilometer dari kebun tersebut.
Akhirnya ular sawa tersebut berjaya ditangkap oleh penduduk kampung setelah mengepung dan menyekat pergerakkannya daripada lari ke dalam belukar berdekatan kawasan perumahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

