Nufie

My Churp-Churp

Thursday, June 7, 2012

Ranking FIFA Terkini Bola Sepak Malaysia


SKUAD bola sepak kebangsaan turun satu anak tangga ke kedudukan 154 dunia dalam ranking terbaru dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam. Keputusan seri 0-0 dengan Filipina Jumaat lalu, menyaksikan Malaysia kini mengumpul 151 mata, kurang dua mata berbanding bulan lalu manakala Filipina turut turun satu anak tangga ke kedudukan 149. Bagi memastikan Malaysia tidak dipintas Singapura yang kini naik satu anak tangga ke kedudukan 157 dunia, skuad kebangsaan tidak boleh tewas pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Jalan Besar, malam esok.

Ini kerana, jumlah mata Malaysia tidak mampu diatasi Singapura jika skuad kendalian Datuk K Rajagobal sekurang-kurangnya menang sekali dan seri sekali pada dua aksi bertemu Singapura, termasuk di Stadium Shah Alam, Selasa depan. Malaysia kena akur dengan ranking FIFA dan tak boleh pertikai cara perkiraannya. Tapi kekuatan pasukan, Malaysia masih mampu beri saingan biarpun Vietnam di kedudukan 98, Thailand 136, Filipina 149 dan Indonesia 151. Untuk pengetahuan, Malaysia sudah hantar permohonan kepada Vietnam untuk aksi persahabatan. Cuma Vietnam belum beri persetujuan. Kalau jadi, kita boleh tunjukkan sejauh mana pasukan ranking 154 mampu bersaing dengan pasukan ranking 98.

Jadi untuk bertemu Singapura (esok), fokus Malaysia hanyalah menang. Walaupun ia sekali lagi membabitkan ranking, dan tak mahu jurulatih dan pemain terlalu tertekanDalam setiap aksi skuad Harimau Malaya..

Monday, June 4, 2012

Resepi Brussel Sprout Dan Button Mushroom (Chinese Style)


DSC_1038
Ni utk sapa2 yg nak refer sayur masak chinese style. Boleh ganti dgn Kailan.

Bahan2 nya (anggaran la yek)

20 biji brussel sprout
20 biji fresh button mushroom


Bahan tumis:
3 ulas bwg putih (potong dadu halus)
20 ekor udang fresh (buang kulit)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar olive oil


Cara2:
Rebus sayur hingga agak empuk. Jangan sampai lunyai plak.
Then, tumis bawang putih hingga kekuningan. Bila dah kuning, baru masuk sos tiram & udang. Kacau hingga mesra.

Last sekali, ambik mangkuk. Masukkan sayur2 yg dah rebus tu. Kemudian, tuang jer bhn tumis atas sayur dan gaul sebati. Dah siap.

Resepi ni mmg xder garam sbb sos tiram tu dah masin.

Resepi Salad Ikan Salmon


DSC_1027

Bahan A:

1 keping Salmon fillet (buleh guna apa2 species white fish fillet)
1 sudu teh mixed herb
3 sudu besar lemon juice

- Potong halus2 salmon fillet. Tabur mixed herb, gaul rata & lemon juice. Ketepikan dan perap selama 15 minit. Kemudian tos sehingga air kering.

Bahan B
2 btg daun sup
2 btg daun ketumbar
2 biji cili hijau

- Hiris halus2 kesemua bahan.

Bila ikan dah siap perap dan di tos, masukkan bahan B dan gaul. Gaul sebati dan bubuh garam secukupnya. Salad ikan ni sedap dimakan mcm tu ajer atau makan ala2 mat saleh, dgn tortilla chips. Selamat mencuba!