Nufie

My Churp-Churp

Sunday, July 29, 2012

Petua Merawat Sembelit Di Bulan Ramadhan


Di bulan Ramadhan yang mulia ni, kalau kita tak jaga makan semasa waktu berbuka dan sahur pasti kita akan mengalami pelbagai masalah berkaitan badan terutama Sri nak kongsi pada kali ni adalah masalah sembelit. Kalau anda ada mengalami masalah ini anda boleh mencuba salah satu petua di bawah :

1) Banyakkan makan buah pisang atau betik semasa berbuka atau sahur.

2) Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.

3) Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya waktu berbuka dan sahur setiap hari sehingga sembuh.

4) Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari sepanjang ramadhan.

5) Banyakkan minum air masak sewaktu berbuka dan sahur.

Selamat mencuba...

Tuesday, July 24, 2012

Irma Hasmie : Saya Tahu Status Suami Saya Duda

status irma hasmie

Pulang sahaja daripada berbulan madu di Australia, Irma Hasmie telah diserbu oleh para wartawan untuk mendapatkan responnya mengenai gambar perkahwinan lampau suaminya yang telah tersebar luas. Bagi Irma, dia memang sudah mengetahui status suaminya seorang duda sejak kali pertama bertemu di Mekah. Jadi itu bukanlah satu masalah kepadanya.

Kata Irma :

"Ya, itu memang gambar suami (Redza) dengan bekas isterinya. Status (duda) dia pun saya dah tahu masa kami berkenalan kali pertama di Mekah, saya memang dah tahu. Saya tak simpan rahsia apa pun pada masyarakat apabila orang cakap saya sengaja simpan rahsia sebab berkahwin dengan lelaki berstatus duda. Itu bukan niat saya. 

Cuma saya tak suka nak ulas panjang-panjang kerana khuatir apa yang saya cakap itu akan membabitkan maruah orang lain. Bukan itu sahaja, malah banyak fakta yang salah diberikan pada keseluruhan cerita berkenaan gambar perkahwinan lampau suami saya.

Lagi pun benda itu sudah berlalu. Saya pun ada sejarah hitam saya sendir. Begitu juga dengan suami saya. Apa yang pasti, gambar itu bukan isu besar pun. Ia cuma gambar perkahwinan. Mak mentua saya (Datin Azizah Osman) menangis kerana risau keadaan saya. Saya cakap saya tak apa-apa sebab dah 10 tahun terlibat dalam industri. Saya anggap gosip ini biasa saja. 


Suami rasa bersalah pada saya. Dia risau, sebab dia, saya yang terkena. Dia juga hairan, kenapa orang tidak bangkitkan isu itu masa mula-mula dulu. Tapi, sekarang dia faham. Saya kasihankan dia, sebab lepas ini bila ada gosip membabitkan keluarga, kalau boleh saya taknak sentuh langsung."

Diharap semua berpuas hati dengan penjelasan panjang lebar Irma Hasmie. Perkara yang sudah tue, biarlah berlalu. Yang penting sekarang doakan agar Irma dan Redza berbahagia serta cepat-cepat menimang cahaya mata.

Monday, July 23, 2012

Resepi Menu Berbuka Puasa Pilihan 2012

Resepi #1
Daging Masak Merah


Bahan-Bahan:
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
4 sudu besar cili kering (dikisar)
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis


Cara Membuat
Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panasakan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat.
  
Resepi #2
 
Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan :

15 batang lada kering
4 biji bawang putih
½ inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
sedikit blacan
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh ketumbar
2 sudu teh lada hitam
kesemua bahan2 dikisar halus
1 batang serai dititik
2 mangkuk air asam jawa
garam
1kg ikan pari
terung dan kacan bendi
daun kesum

Cara Membuatnya
Tumiskan bahan2 kisar dengan minyak sehingga garing. masukkan air asam dan garam serta serai. bila mendidih masukkan ikan pari dan sayur-sayuran.bila masak asam pedas jangan gunakan cili boh.


p/s : Selamat mencuba..dan selamat berpuasa..