Nufie

My Churp-Churp

Sunday, July 29, 2012

Petua Merawat Sembelit Di Bulan Ramadhan


Di bulan Ramadhan yang mulia ni, kalau kita tak jaga makan semasa waktu berbuka dan sahur pasti kita akan mengalami pelbagai masalah berkaitan badan terutama Sri nak kongsi pada kali ni adalah masalah sembelit. Kalau anda ada mengalami masalah ini anda boleh mencuba salah satu petua di bawah :

1) Banyakkan makan buah pisang atau betik semasa berbuka atau sahur.

2) Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.

3) Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya waktu berbuka dan sahur setiap hari sehingga sembuh.

4) Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari sepanjang ramadhan.

5) Banyakkan minum air masak sewaktu berbuka dan sahur.

Selamat mencuba...

1 comment:

Yaya Mohd said...

wahh..bgune utk yaya..hahahhaah ;p
tq 4 da info