Nufie

My Churp-Churp

Wednesday, December 15, 2010

Filem 'Aku Tak Bodoh'




Aku telah menonton filem Aku Tak Bodoh arahan Boris Boo. Hasilnya amat memuaskan. hatiku. Filem ini merupakan sebuah kisah tentang persahabatan antara dua budak lelaki, lakonan Ariel Zafrel dan Rohaizat Hassan. Mereka berdua antara pelajar yang banyak menimbulkan masalah di sekolah, tetapi mempunyai keistimewaan yang tersendiri di sebalik gaya dan kehidupan, kerana setiap yang buruk pasti ada kebaikkannya.

Pelbagai persoalan dirangkum dan diuraikan dalam 'Aku Tak Bodoh', antaranya masalah kekeluargaan, ikatan kasih sayang dan penerimaan kepada kekurangan sehingga mewujudkan konflik yang agak kritikal kepada institusi kekeluargaan. Hubungan antara ibu, bapa dan anak amat penting bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni dan aman. Tetapi terjemahan apa yang tersirat di sebalik Aku Tak Bodoh berjaya menjadikannya antara naskhah filem yang wajib ditonton oleh peminat-peminat filem tempatan.

Semoga pengajaran yg terdapat di dalam filem ini dijadikan iktibar dan pedoman dalam mengharungi kehidupan berkeluarga. Harus diingat anak adalah penyambung generasi kita, oleh itu peliharalah anak-anak dengan baik, sentiasa mengambil berat kebajikan anak-anak kerana mereka amat memerlukan perhatian dan kasih sayang ibu bapa.



8 comments:

rms said...

best ker citer ni. tengok cover cam x best ja..

Sri Ayu said...

best citer ni rms.kelakar....tgk la nti...

atien said...

Sri Ayu : citer nie menarik x ? klu best cdang nkn tgok ..
btw salam perkenalan ..

azi nur said...

nak tengok...nak tengok....hoho

caer sasuke said...

citer melayu pling best papadom..hehe..

Sri Ayu said...

Aretien...xrugi tau tgk filem aku tak bodoh tu...byk mesej yg baik dlm citer tu... ;)

Sri Ayu said...

azi nur, jom pi tgk.jom.... ;)

Sri Ayu said...

mohd sasuke, sya pn minat gak tgk filem papadom..gelak je biler tgk.kelakar.citer aku tak bodoh pn lg kelakar... ;)