Polis sedang menyiasat kemungkinan terdapat unsur penderaan yang menyebabkan kematian seorang bayi perempuan 11 bulan di Sungai Besi di sini Jumaat lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata siasatan itu berikutan laporan bedah siasat menunjukkan terdapat kesan pendarahan dalaman akibat hentakan kuat di kepala bayi berkenaan.Beliau berkata, bayi itu, Ng Tse Theng dihantar oleh pengasuh tempatan itu ke sebuah pusat perubatan di Taman Desa kira-kira jam 11 pagi selepas mendakwa bayi itu tidak bergerak apabila dikejutkan."Kita belum mengambil sebarang tindakan termasuk menahan pengasuh itu kerana banyak lagi maklumat perlu diambil. Kita juga akan mengambil keterangan ibu bapa bayi terbabit yang membuat laporan polis itu semalam," katanya selepas menghadiri majlis dialog Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah bersama persatuan penduduk Perumahan Awam Seri Perak. Ku berkata, bayi itu dijaga di rumah pengasuh itu di Taman Tasek Damai, Sungai Besi. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan iaitu bunuh, katanya. Difahamkan, bayi itu dijaga pengasuhnya yang berusia 40-an sejak lima bulan lalu dan ibunya akan hanya mengambil mangsa apabila tidak bekerja.
9 comments:
isk3, smpai hati diorg dera kwn2 bdk botak, kalo dpt nie nk dera balik diorg...
nnt da kawen nak jage sendiri anak2.. xmo org jage.. biarla susah cane pon. takotla... mcm2 hal skrg kan.
betul tu Budak Botak.diorg xrasa camne perasaan didera..kalau dh kene mesti rasa keperitaannya...
Cik Ain pn risau juge kan.macam2 hal blh berlaku pd anak2 kecil skrg ni.yg penting anak kite ditinggalkan pd org yg benar2 blh diharap.
teruskan menulis benda2 yang berfaedah ye..saya follow =)
ciannya! manusia berperangai binatang
Thanks al_hakim... ;)
memang fatin...manusia yg tak berakal sanggup berperangai binatang.sanggup menyeksa bayi yg masih kecil yg tak berdosa....
kalu blh sape yg dera bayi tu kite dera lagi teruk lg .. bagi minum air sabon kah ! .. huhu ..
Post a Comment