Nufie

My Churp-Churp

Showing posts with label Bayi. Show all posts
Showing posts with label Bayi. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

Lagi Berita Bayi Mati Disebabkan Penderaan

 
 
Polis sedang menyiasat kemungkinan terdapat unsur penderaan yang menyebabkan kematian seorang bayi perempuan 11 bulan di Sungai Besi di sini Jumaat lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata siasatan itu berikutan laporan bedah siasat menunjukkan terdapat kesan pendarahan dalaman akibat hentakan kuat di kepala bayi berkenaan.Beliau berkata, bayi itu, Ng Tse Theng dihantar oleh pengasuh tempatan itu ke sebuah pusat perubatan di Taman Desa kira-kira jam 11 pagi selepas mendakwa bayi itu tidak bergerak apabila dikejutkan."Kita belum mengambil sebarang tindakan termasuk menahan pengasuh itu kerana banyak lagi maklumat perlu diambil. Kita juga akan mengambil keterangan ibu bapa bayi terbabit yang membuat laporan polis itu semalam," katanya selepas menghadiri majlis dialog Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah bersama persatuan penduduk Perumahan Awam Seri Perak. Ku berkata, bayi itu dijaga di rumah pengasuh itu di Taman Tasek Damai, Sungai Besi. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan iaitu bunuh, katanya. Difahamkan, bayi itu dijaga pengasuhnya yang berusia 40-an sejak lima bulan lalu dan ibunya akan hanya mengambil mangsa apabila tidak bekerja.