Nufie

My Churp-Churp

Saturday, January 22, 2011

Kereta Wajib Ada Beg Udara Bermula Tahun 2012

 Pengumuman Terbaru Mengenai Penggunaan Beg Udara Yang Diwajibkan 2012

Bertambahlah kos kereta selepas ini....


Mulai tahun depan, semua kenderaan termasuk kereta keluaran Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan diwajibkan memasang beg udara bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kematian akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

Katanya, walaupun tidak ada penguatkuasaan yang dibuat berhubung peraturan itu, ia perlu dilaksanakan untuk memastikan keselamatan setiap pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih terjamin.

“Kita telah melakukan kajian bersama termasuk dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan terbukti beg udara merupakan aksesori keselamatan yang paling penting,’’ katanya kepada pemberita pada Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran MCA Rantau Panjang di sini hari ini.

Peraturan baru itu bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan pacuan empat roda.

Monday, January 10, 2011

ANUGERAH JUARA LAGU KE-25


                  
Seronok Tengok Anugerah Juara Lagu Tahun Ni...Best!

Wow!Keputusan AJL 25 Amat Ditunggu2!
Persembahan Terbaik AJL 25 jatuh kepada lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir.Sememangnya telah dijangkakan dari awal lagi....cayalah...Seterusnya, kategori Vokal Terbaik AJL 25 jatuh kepada lagu Noktah Cinta nyanyian Hafiz. Kemenangan ini paling bermakna buat Hafiz walaupun beliau baru sahaja terlibat dalam kemalangan kecil baru-baru ini dan kejadian itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berjuang dalam AJL 25 ini. Lagu Ciptaan Komposer Ajai dengan Lagu Noktah Cinta ini menjadi pemenang ketiga AJL 25. Naib Juara AJL 25 menyaksikan lagu Drama King  nyanyian Meet Uncle Hussein vs Black. Keputusan Juara Lagu AJL ke-25 adalah Anna Raffali iaitu seorang komposer, penulis lirik dan penyanyi. Satu sejarah telah tercipta di AJL musim ke-25 kerana juara ini adalah kali pertama menjejakkan kaki dan bertanding ke peringkat akhir Juara Lagu. Syabas diucapkan kepada ANNA RAFFALI. Good Job!Suara pun Best!!!













Renungan Minda:AJL 25 sgt menarik & tak jemu menontonnya..Lagu2 yg dipertandingkan BEST!



Sunday, January 2, 2011

TEH TIMBANG MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.....

Teh timbang atau teh sukat boleh memudaratkan kesihatan!

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK), Ahmad Nadzri Sulaiman berkata, teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.  "Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di rata-rata kedai runcit di negeri ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang lama,” katanya.

Penjualan teh juga perlu mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna. Sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Berdasarkan rekod JKK dari Januari hingga Oktober 2010, sebanyak 1,858 kilogram serbuk teh timbang bernilai RM22,296 dirampas dalam operasi yang dijalankan JKK. Dalam pemantauan yang telah dibuat, ada kenyataan daripada Peniaga Restoran, Meriyam Sholah, 45, yang mengatakan beliau tidak mengetahui bahaya penggunaan teh itu dan telah menggunakannya sejak sepuluh tahun lalu. “Makcik memang suka guna teh timbang ni, pekat molek untuk buat air teh terutama teh susu, kalau guna yang uncang tu nampak pucat dan tak sedap, pelanggan pun bising,” katanya. 

Sedapnyer teh tarik!

Renungan Minda : Amalkan pemakanan yang sihat. Elakkan pemakanan yang membahayakan kesihatan kita. Hidup Sihat, Minda Segar!

Saturday, January 1, 2011

Erti Kehidupan Sepanjang Tahun 2010

Tanggal 31 Disember 2010 bakal berakhir pada tepat jam 12.00 pm. Keseluruhannya, masyarakat Malaysia sedang menantikan kemunculan Tahun Baru untuk meraikan Tahun 2011 dengan pelbagai gimik yang dirancangkan bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru 2011.
 .
Di sini, wajar bagi kita berkongsi suka duka sepanjang tempoh melalui kehidupan sekitar Tahun 2010. Bagi diriku, pada awal kemunculan tahun 2010, aku telah ditawarkan bekerja tetap. Itu yang amat menggembirakan hatiku, suamiku, kedua-dua keluargaku.

 Bersama Mertuaku

Di sebalik kegembiraan yang diberikan kepadaku, aku telah diuji dengan satu berita yang amat menyedihkan bagiku sekeluarga. Ayahku telah kembali kerahmatullah pada 6 April 2010.

 Ayahku Menghadapi Serangan Jantung Secara Tiba2

Kemudian aku diberikan satu berita baik kerana telah disahkan mengandung. Bagaikan cahaya mutiara yang bakal menyinari hidupku, aku terus tidak sabar menanti perkembangan kandunganku. Ketika mencapai usia 3 bulan kandunganku, aku telah diuji dengan berita keguguran. Aku pujuk hatiku supaya bersabar dan redha dengan ujian yang melanda di dalam hidupku.

 Kandunganku Keguguran

Kini, beberapa bulan yang telah berlalu, aku telah pulih sepenuhnya dari keguguran.Aku amat berharap adenya berita gembira menjelang Tahun Baru 2011 nanti. Semoga aku lebih tabah melalui perjalanan kehidupan di tahun baru dan Semoga kehidupan kami sekeluarga sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah swt... amin... ;)

 Semoga Kehidupanku Suami & Isteri Bahagia 
Dan Akan Dpt Menimang Cahaya Mata..Insya-Allah...amin...


Di sini juga diserikan dengan ahli keluargaku yang sentiasa memberikan sokongan dan tunjuk ajar selama aku masih lagi bernafas di muka bumi ini...

                        
 Bersama Suamiku, Mertuaku dan Ahli Keluargaku


 Bersama Suamiku dan Ahli Keluargaku