Nufie

My Churp-Churp

Sunday, January 2, 2011

TEH TIMBANG MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.....

Teh timbang atau teh sukat boleh memudaratkan kesihatan!

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK), Ahmad Nadzri Sulaiman berkata, teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.  "Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di rata-rata kedai runcit di negeri ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang lama,” katanya.

Penjualan teh juga perlu mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna. Sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Berdasarkan rekod JKK dari Januari hingga Oktober 2010, sebanyak 1,858 kilogram serbuk teh timbang bernilai RM22,296 dirampas dalam operasi yang dijalankan JKK. Dalam pemantauan yang telah dibuat, ada kenyataan daripada Peniaga Restoran, Meriyam Sholah, 45, yang mengatakan beliau tidak mengetahui bahaya penggunaan teh itu dan telah menggunakannya sejak sepuluh tahun lalu. “Makcik memang suka guna teh timbang ni, pekat molek untuk buat air teh terutama teh susu, kalau guna yang uncang tu nampak pucat dan tak sedap, pelanggan pun bising,” katanya. 

Sedapnyer teh tarik!

Renungan Minda : Amalkan pemakanan yang sihat. Elakkan pemakanan yang membahayakan kesihatan kita. Hidup Sihat, Minda Segar!

21 comments:

yuyu aziz said...

hai sri, thanks for following me :)

Oh yuyu pun suka guna teh timbang gak...bahaya rupanya.....

tq nice info sharing.

MOH KEMBARA said...

Salam Yob, kalau dah deme boh berguni-guni tu deme bukan kisah bersih ke tak. Thanx for the info. Dulu Akak keja persatuan pengguna, dengor gak mende2 cam gini. Moh baca perkembangan "Mavi Marmara" kat blog Akak.

nOra said...

hurm..sy penggemar teh ais..mane2 je pegi mesti nk minum teh ais...ssh nk tingglkan teh..tp bahaye kan~~

good_boy said...

xnak minum teh lagi..huhu

Sri Ayu said...

em..bahaya tuk kesihatan.;)jom cegah sebelum parah...

Wahida Nasution Thakhrim said...

tak pernah minum teh timbang kat rumah.. maybe terminum masa lepak2 kat kedai makan sebab saya ni peminum kopi tegar..

♥ AyaHikari ♥ said...

kopi - pening bile minum
teh tarik - manis sgt. x suke. hehe

hans said...

den minum jer tapi jarang sangat
sebulan sekali pun payah
hehehe

P/S : Belia Benci Kuliah Minggu Pertama!

NasQ said...

kalau teh uncang buat teh tarik mana ada ummppp...

auntyaida said...

tak tahu plak teh ni memudaratkan...

AH7 said...

neseb baik xske mnum teh

alexayussida said...

alamak..baba saya dah la suke minum air teh kat kedai2 kopi...

Ibu Hidayahamin said...

sedapnya... tapi tak berapa suka minum teh la...

koko said...

dah x bleh minim teh dah laaa..
minum hohoho ja laa.

Dr.Nur Adilah said...

teh y wat sndiri kat umah tu elok x?

geekz36 said...

kalau pakai teh timbang ni warna teh lg menarik, tp membahayakan. adakah berbaloi gadaikan keselamatan diri untuk nikmat yang sementara?

Entry terbaru: Promosi! Akaun Hotfile 6 Bulan Rm20 Sahaja

sud@is said...

banyak gerai gunakan teh timbang sbb murah n untung..
kita pun sedap ja oder teh tarik....

Miss Yaty said...

thanks sahring info ni...takot nye minum teh kat kedai lepas ni..

Mamaafzal said...

mamak, teh tarik 1 malaysia satu juga! tapi saya bangladesh juga ada mari....

mokcik-ann said...

dah lama tak pekena teh tarik kedai. minum kat umah jer..

Madd said...

Thanks for sharing....
slalu p kdai makan mst order teh tarik....ehhehheheh