Nufie

My Churp-Churp

Friday, September 9, 2011

Berita Hangat!!!Nak Beli Prepaid Dikenakan Caj 6 % Cukai Perkhidmatan

 Caj 6 % Cukai Perkhidmatan Bermula Pada 15 September 2011

Pelbagai Kad Prepaid


Persatuan-persatuan pengguna, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar hari ini senada membantah pengenalan enam peratus cukai perkhidmatan bagi pembelian tambah nilai prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi.


Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma‘amor Osman berkata, cukai itu dilihat membebankan pengguna apatah lagi caj panggilan yang dikenakan ketika ini sudah mahal. "Keputusan itu tidak masuk akal dan kami membantah perlaksanaanya. Selama ini, jika kita membuat panggilan dan tidak berjawab, ia tetap dikenakan caj, inikan pula hendak perkenalkan cukai perkhidmatan.
“Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan membuat keputusan teliti dan jangan sewenang-wenangnya meluluskan permintaan syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat-syarikat telekomunikasi berhubung pengenalan cukai enam peratus itu termasuk pek atau kad SIM prabayar yang berkuatkuasa 15 September 2011 ini.
Mengulas lanjut, Maamor berkata,selama ini syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sentiasa mencatatkan keuntungan yang tinggi.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa) meminta kerajaan membekukan perlaksanaan langkah itu. Presidennya, Datuk Dr. Jacob George berkata, pengenalan cukai itu tidak releven dengan situasi ekonomi semasa yang menyaksikan rakyat berpendapatan rendah masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kos barangan yang lain.
“Kami sangat dukacita kerana industri itu hanya melihat dari satu pandangan sahaja iaitu meningkat keuntungan mereka tanpa mempedulikan nasib pengguna.
“Selama ini, syarikat-syarikat berkenaan sudah mengaut keuntungan lumayan bukan sahaja melalui 15 juta rakyat tempatan tetapi juga daripada lebih empat juta pekerja asing di negara ini yang menggunakan perkhidmatan mereka.
“Apakah semua itu tidak cukup lagi sehingga mahu menekan pengguna dan rakyat negara ini pula,” katanya. Menurutnya, jika keputusan tersebut dikekalkan, Cassa akan bekerjasama dengan persatuan pengguna dan NGO lain untuk melancarkan kempen memboikot secara besar-besaran.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail berkata, cukai itu dilihat sebagai cekik darah dan tidak perlu sama sekali.


Renungan Minda: Pengenalan cukai itu dianggap tidak releven dengan situasi ekonomi semasa yang menyaksikan rakyat berpendapatan rendah masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kos barangan yang lain. Wajarkah 6% cukai perkhidmatan ini dikuatkuasakan?

5 comments:

Hanim Irsyad said...

ntah papee.. ney 6%, pasney 10%, lepas tuw terus meningkat lagi :(

http://irsyanim.blogspot.com/2011/09/jalan-jalan-before-masuk-blajaa.html

kaktuscomei said...

huhuhu...cian student..lepas ni pakai kedit x..=.="

kaktuscomei said...

huhuhu...cian student..lepas ni pakai kedit x..=.="

Iaryylr said...

Ianya sama dengan kes Rokok dan astro, orang tetap guna. Jadi mereka dangan sokongan halus pihak berwajib normalnya akan meneruskan. Sebelum setiap kenaikan sudah ada rundingan, setiap rundingan ada keuntungan... dan itulah pulangan... apa kisah pada pengguna sebab mereka tidak merasa susah, dan dengan 6 persen ini maka bertambahlah lagi eksyen...

sekadar pendapat

Sharifah Noorain Al-Qadri said...

Saya bantah 100% !
Membebankan pengguna je >:(