Riwayat daripada Ahmad telah menceritakan:
Telah menceritakan kepada kami oleh Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dariHusaif dari Mujahid daripada Al-Khudri berkata: “Rasulullah SAW telah berwasiat kepada Saiyidina Ali bin Abi Talib ra yang berbunyi:
“Wahai Ali, apabila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka perintahkanlah ia untuk menanggalkan sepatunya, ketika dia duduk suruhlah dia membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah akan mengeluarkan 70 jenis kefakiran dari rumahmu, dan Allah SWT akan menurunkan 70 rahmat yang senantiasa bernaung di atas kepala pengantin sehingga keberkahan itu merata di setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu akan sejahtera dari penyakit gila selama dia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu agar tidak memakan dan minum 4 jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu: SUSU, CUKA, KETUMBAR DAN EPAL MASAM.
Saiyidatina Ali ra bertanya:
“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan itu dilarang…?”
Rasulullah SAW menjawab:
“ Kerana rahim wanita itu akan kering disebabkan 4 jenis makanan tersebut sebagai penghalang untuk mendapat anak. Adapun cuka apabila isterimu meminumnya pada saat haid, makan haidnya tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna. Sedangkan ketumbar itu akan mengganggu haid di dalam perutnya dan mempersulit untuk mendapatkan keturunan. Sementara epal masam, akan memotong haid sebelum masanya.”
- “Wahai Ali..! janganlah engkau berjimak dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila akan mudah menimpa sang anak.”
- “Wahai Ali..! janganlah berjimak dengan isterimu selepas Zohor. Jika Allah SWT mengurniakan kepada kalian berdua anak kerana jimak pada saat itu, maka anak itu akan bermata juling dan setan sangat menyukai manusia yang bermata juling.”
- “Wahai Ali..! janganlah berjimak dengan isterimu sedangkan fikiranmu tertuju pada perempuan lain. Jika Allah SWT mengurniakan kepada kalian berdua anak pada saat itu maka anak itu akan menjadi penjahat yang keji dan hina.”
- “Wahai Ali..! janganlah berjimak dengan isterimu pada malam Aidilfitri, jika Allah SWT mengurniakan kepada kalian berdua anak maka anak itu akan menjadi seorang yang cacat dan tidak mendapatkan keturunan kecuali setelah usia lanjut.”
- “Wahai Ali..! janganlah kamu berjimak dengan isterimu pada malam Aidiladha, jika kalian berdua berjimak pada malam tersebut, apabila Allah SWT mengurniakan kepada kalian berdua anak, aku bimbang anak tersebut akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”
- “Wahai Ali..! janganlah kamu berjimak dengan isterimu di bawah pohon yang sedang berbuah, jika Allah SWT mengurniakan kalian berdua anak, anak tersebut akan menjadi seorang penjahat, suka membuat masalah atau seorang pemimpin yang kejam.”
- “Wahai Ali..! janganlah kamu berjimak dengan isterimu di antara azan dan qomat, jika Allah SWT mengurniakan anak pada kalian berdua, anak tersebut akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.”
- “Wahai Ali..! janganlah kamu berjimak dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian sesungguhnya kalau Allah SWT mengurniakan anak pada kalian berdua, maka anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang-orang yang zalim dan yang suka membuat kebinasaan kepada manusia.”
- “Wahai Ali..! janganlah kamu berjimak dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah SWT mengurniakan anak pada kalian berdua, maka anak itu akan menjadi orang yang munafik dan selalu melampaui batas.” “Innal Mubazziriina kaanu - ikhwan Nas - Syayathin.”
11. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjimak dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah SWT mengurniakan anak pada kalian berdua, maka anak itu akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah SWT. (baik dan buruk Qada’ dan Qadar Allah).”
12. “Wahai Ali..! jika kamu berjimak dengan isterimu pada malam Selasa, Allah SWT akan member kepada kalian berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid dan Allah SWT tidak akan memberikan kepadanya azab bersama orang musyrik, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya dari mencaci, berdusta dan mengadu domba.”
13. “Wahai Ali..! jika kamu berjimak dengan isterimu pada malam Khamis, maka Allah SWT akan mengurniakan kepada kalian berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim di kalangan orang-orang yang alim.”
14. “Wahai Ali..! jika kamu berjimak dengan isterimu pada malam Jumaat nescaya anak kalian berdua adalah seorang yang pandai berpidato yang sangat berwibawa.”
15. “Wahai Ali..! jika kamu berjimak dengan isterimu pada hari Jumaat selepas Asar, Allah SWT akan mengurniakan seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.”
16. “Wahai Ali..! jika kamu berjimak dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak, maka sesungguhnya diharapkan anakmu nanti akan menjadi seorang yang terkemuka.”
Renungan Minda : Suami Isteri Yang Masih Belum Mendapat Cahaya Mata Boleh Mencuba Dan Memilih Hari-Hari Yang Dicadangkan Untuk Mencari Keberkatan Memperolehi Zuriat Dengan Keizinan Dari Allah S.W.T.
14 comments:
dtg ziarah. good info
bgus2!!mnyebarkn ilmu. http://www.geekintherainbow.blogspot.com/
kene ikhtiar...doa..dan tawakal..:)
tanx bg tips ni..nak bg dekat mck.. dy da 2tahun kawen.. mudah2an cepat dapat anak dan menjadi soleh
wah..info utk org b'khwin da. tp bgus gak utk org yg blum b'khwin. amek pngetahuan. :)
moga anak yg lahir menjadi anak yg soleh.. hindari jimak yg haram.
thx 4 share.. :D bgune sgt..folowing u.. :D
Fakta menarik....ilmu berguna, alhamdulillah. Terima kasih kerana berkongsi. Minta izin sy nak re-posting kat blog sy nanti ye.... Dh follow. Follow saya kembali kalo sudi.
Thanks for your all comments!u can share this articles if u want its!
arigatou.. nice info ^^
http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2009/01/hadis-palsu-syiah-cara-jimak.html
wallahua'alam...
Ada masalah status hadis ni. Wajib berhati2 bila nak dikaitkan sbg hadis nabi. Anda termasuk org yg berbohong dgn nama nabi
Ini hadis palsu..mohon tuan tanah ambil perhatian
Hadis tersebut di hukum hadis PALSU oleh Ibnu al-Jauzi, Syaukani dan Albani
https://jalanakhirat.wordpress.com/2010/12/30/jimak-dan-wasiat-rasulullah-saw/
Hadis ini disebutkan oleh Ibn al-Jauzi dalam kitab beliau kumpulan hadis maudhu (palsu); juga dihukumkan sebagai hadis maudhu (palsu) oleh Asy-Syaukani dalam kitab Al-Fawaid Al-Majmu’ah dan juga oleh Al-Albani dalam Silsilah hadis lemah dan Palsu .
Kesimpulannnya hadis ini PALSU.
Hadis ini disebutkan dengan sanadnya dalam kitab “Al-Amali” atau “Al-Majlis” karya: Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain bin Babawaih (w. 381 H) dan dikubur di Ray di Iran.
Beliau termasuk ulama Syiah.
Post a Comment