Nufie

My Churp-Churp

Sunday, November 13, 2011

Cuti Kakitangan JKM Dibeku Hadapi Banjir


Seramai 600 kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu dibekukan cuti bermula 8 November lalu  ekoran ramalan hujan lebat dan banjir besar akan melanda pada musim tengkujuh kali ini. Pengarah JKM Negeri, Zuhami Omar berkata, bekalan makanan seperti sardin, minyak masak, gula, susu bayi dan selimut juga telah ditempatkan di depot bencana Zon Timur bagi menghadapi kemungkinan bencana itu berlaku.

JKM Terengganu memperuntukkan kira-kira RM1.1 juta bagi keperluan makanan kepada mangsa banjir di negeri tersebut. JKM membuat persiapan rapi kerana ramalan Jabatan Meteorologi hujan lebat akan melanda pada musim tengkujuh. Mengulas lanjut, Zuhami berkata, JKM Terengganu akan membuat persiapan rapi bagi memastikan bekalan makanan yang akan diagihkan kepada mangsa banjir mencukupi.

Selain JKM, kerajaan negeri turut membuat persiapan yang sewajarnya untuk berhadapan kemungkinan banjir dengan menubuhkan Jawatankuasa Bencana Banjir. Jawatankuasa itu bertujuan melicinkan misi bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat di setiap daerah khususnya bagi proses pemindahan serta agihan bantuan keperluan harian. Kerajaan negeri turut menyediakan 347 pusat pemindahan banjir yang mampu menampung lebih 51,000 mangsa banjir dalam satu-satu masa.

1 comment:

teratai said...

semoga tiada banjir melanda ...