Berikut Adalah Intipati Kandungan Berkenaan Skim Baru Perkhidmatan Awam Yang Akan Dilaksanakan Pada Januari 2012 Depan
1.  pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5)  inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service),  kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang  fleksibel dan saraan yang kompetitif; 
2.  pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi  melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun. 
3.  pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan  empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan  Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan  pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter  expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi; 
4.  pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada  empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan  Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana  yang menggantikan Kumpulan Sokongan; 
5.  peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji  Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji  Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan  Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi; 
6.  peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan  Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana; 
7.  pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan  Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing),  kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication),  penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan  yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business  process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision); 
8.  penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan  melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru  dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran  (LPDP); 
9.  penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas  Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang  kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada  pangkat; 
10.  pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan  pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai  yang diiktiraf sebagai subject matter expert; 
11.  pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK)  yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan  Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi  (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan; 
12.  perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh  kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai  mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia; 
13.  pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan  penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya  ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan  Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah  dan Bayaran Insentif Pedalaman;
  
14.  pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan  penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya  yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah; 
15.  pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar  pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam  perkhidmatan; 
16.  pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam  yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan  perkhidmatan; 
17.  penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara  peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1  Januari 2013; 
18.  peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun  bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan 
19.  pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim  perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM) 
 

 
1 comment:
Good information. Lucky me I found your blog by chance (stumbleupon).
I've saved it for later!
Here is my web blog : GFI Norte
Post a Comment