Nufie

My Churp-Churp

Monday, August 6, 2012

Salam Nuzul Al-Quran


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.

Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

5 comments:

Ikhmal Yusoff said...

salam nuzul al-quran jgk :)

Chic Na said...

salam nuzul quran juga sri. :)

adibahfaizah said...

Salam nuzul al-quran :) sama-samalh kita menghayati n mengamalkan ayat2 di dlm al-quran .

Si Matatajam said...

Salam Nuzul Quran...Keep in touch..

Aida Omar said...

Salam Nuzul Al-Quran :)