Nufie

My Churp-Churp

Tuesday, August 28, 2012

HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE - 55 TAHUN 2012

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE - 55 : 'JANJI DITEPATI








Perarakan Sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan ke - 55 akan disambut dengan meriah di Dataran Merdeka Kuala Lumprpada 31 Ogos 2012 ini. Pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jali untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia. Tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini adalah JANJI DITEPATI di mana usia kemerdekaan tanahair kita telahpun mencapai 55 tahun sehingga ke hari ini.Negara kita masih mampu mengekalkan keamanan dan kedamaian serta berjaya menggerakkan ekonomi yang mantap bagi merealisasikan matlamat negara menjadi salah sebuah negara maju tahun 2020. 

Sunday, August 19, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

SALAM AIDILFITRI

Hari Raya Pertamaku Di Kampung Halamanku...Kelantan Darul Naim..

Di kesempatan ini, Sri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitr...Maaf Zahir & Batin....Semoga Lebaran Tahun ini memberikan sinar dan kegembiraan di dalam kehidupan anda sekeluarga. Walaupun sibuk dengan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara, jangan abaikan kesihatan diri & keselamatan diri anda. Jangan terlalu ghairah bermain mercun! Ingat...pandu cermat jiwa selamat...berhati-hati memandu kenderaan di atas jalan raya serta patuhi peraturan had laju di jalan raya semasa musim perayaan ini.

Monday, August 13, 2012

Resepi Kuih Bahulu


Bahan-Bahan

-1 mangkuk telur ayam
-1 mangkuk gula pasir
-Setengah kg. tepung gandum sedikit minyak.
-Acuan kuih bahulu

Cara Membuat

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan sehingga sebati.
3. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak.
4. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
5. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.
6. Untuk meringankan kuih bahulu, panaskan tepung dalam oven tapi jangan terlalu lama, agak-agak hangat.
7. Bakar pada suhu bakar 200C sehingga bahulu kekuningan.

Selamat Mencuba..

Thursday, August 9, 2012

Keputusan Olimpik 2012 Terjun Platform 10 Meter Pandalela Rinong Tempat Ke-2 Layak Ke Separuh Akhir


Pandelela Rinong bermula dengan penuh bergaya dalam acara 10 meter platform wanita individu apabila meraih tempat kedua pada pusingan kelayakan. Dia memungut 349.00 mata selepas lima terjunan dan akan beraksi pada separuh akhir pada pukul 5 petang ini. Bagaimanapun, seorang lagi peserta, Traisy Vivien Tukiet gagal berada di kalangan 18 penerjun teratas apabila sekadar menamatkan cabaran di tempat ke-22 daripada 26 penerjun.


Semoga Pandalela berjaya membutirkan sebutir lagi pingat untuk negara..Malaysia Boleh!!!

Wednesday, August 8, 2012

Menu Pilihan 10 Malam Terakhir Ramadhan : Bergedil Isi Ketam

Alhamdulillah, kita dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan bermula hari ini. Jadi Sri nak kongsi menu yang ringan untuk menjadi juadah kita di masa berbuka dan makanan ringan sewaktu malam sesudah solat tarawih supaya tidak terlalu berat dan mengantukkan.

Resepi Bergedil Isi Ketam

 

Bahan-bahan
500 gm ubi keledek
150 gm isi ketam
2 helai daun sup (dihiris halus)
2 helai daun bawang (dihiris halus)
½ sudu kecil lada putih
2 biji telur ayam (1 biji untuk dicelup)
Minyak masak
Serbuk perasa
Garam

Cara Menyediakan 
1. Rebuskan ubi keledek sehingga empuk. Masukkan ke dalam mangkuk besar. Kemudian lenyekkan hingga hancur.
2. Masukkan bahan-bahan lain (kecuali minyak) dan gaulkan hingga sebati.
3. Kemudian ulikan menjadi bentuk bergedil. Pecahkan sebiji telur dan pukul sedikit.
4. Celupkan bergedil satu persatu ke dalam telur yang telah dipukul tadi dan goreng dengan menggunakan yang panas.
5. Hidangkan bersama sos cili.  
SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENYAMBUT 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN..MOGA KITA SAMA-SAMA DIKETEMUKAN ALLAH DENGAN LAILATUL QADAR..AMIN.. 

Monday, August 6, 2012

Salam Nuzul Al-Quran


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.

Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.