Nufie

My Churp-Churp

Friday, September 9, 2011

Berita Hangat!!!Nak Beli Prepaid Dikenakan Caj 6 % Cukai Perkhidmatan

 Caj 6 % Cukai Perkhidmatan Bermula Pada 15 September 2011

Pelbagai Kad Prepaid


Persatuan-persatuan pengguna, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar hari ini senada membantah pengenalan enam peratus cukai perkhidmatan bagi pembelian tambah nilai prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi.


Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma‘amor Osman berkata, cukai itu dilihat membebankan pengguna apatah lagi caj panggilan yang dikenakan ketika ini sudah mahal. "Keputusan itu tidak masuk akal dan kami membantah perlaksanaanya. Selama ini, jika kita membuat panggilan dan tidak berjawab, ia tetap dikenakan caj, inikan pula hendak perkenalkan cukai perkhidmatan.
“Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan membuat keputusan teliti dan jangan sewenang-wenangnya meluluskan permintaan syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat-syarikat telekomunikasi berhubung pengenalan cukai enam peratus itu termasuk pek atau kad SIM prabayar yang berkuatkuasa 15 September 2011 ini.
Mengulas lanjut, Maamor berkata,selama ini syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sentiasa mencatatkan keuntungan yang tinggi.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa) meminta kerajaan membekukan perlaksanaan langkah itu. Presidennya, Datuk Dr. Jacob George berkata, pengenalan cukai itu tidak releven dengan situasi ekonomi semasa yang menyaksikan rakyat berpendapatan rendah masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kos barangan yang lain.
“Kami sangat dukacita kerana industri itu hanya melihat dari satu pandangan sahaja iaitu meningkat keuntungan mereka tanpa mempedulikan nasib pengguna.
“Selama ini, syarikat-syarikat berkenaan sudah mengaut keuntungan lumayan bukan sahaja melalui 15 juta rakyat tempatan tetapi juga daripada lebih empat juta pekerja asing di negara ini yang menggunakan perkhidmatan mereka.
“Apakah semua itu tidak cukup lagi sehingga mahu menekan pengguna dan rakyat negara ini pula,” katanya. Menurutnya, jika keputusan tersebut dikekalkan, Cassa akan bekerjasama dengan persatuan pengguna dan NGO lain untuk melancarkan kempen memboikot secara besar-besaran.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail berkata, cukai itu dilihat sebagai cekik darah dan tidak perlu sama sekali.


Renungan Minda: Pengenalan cukai itu dianggap tidak releven dengan situasi ekonomi semasa yang menyaksikan rakyat berpendapatan rendah masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kos barangan yang lain. Wajarkah 6% cukai perkhidmatan ini dikuatkuasakan?

Sunday, September 4, 2011

HADIS BERKAITAN JIMAK




Riwayat daripada Ahmad telah menceritakan:
Telah menceritakan kepada kami oleh Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dariHusaif dari Mujahid daripada Al-Khudri berkata: “Rasulullah SAW telah berwasiat kepada Saiyidina Ali bin Abi Talib ra yang berbunyi:
“Wahai Ali, apabila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka perintahkanlah ia untuk menanggalkan sepatunya, ketika dia duduk suruhlah dia membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah akan mengeluarkan 70 jenis kefakiran dari rumahmu, dan Allah SWT akan menurunkan 70 rahmat yang senantiasa bernaung di atas kepala pengantin sehingga keberkahan itu merata di setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu akan sejahtera dari penyakit gila selama dia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu agar tidak memakan dan minum 4 jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu: SUSU, CUKA, KETUMBAR DAN EPAL MASAM.
Saiyidatina Ali ra bertanya:
“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan itu dilarang…?”
Rasulullah SAW menjawab:
“ Kerana rahim wanita itu akan kering disebabkan 4 jenis makanan tersebut sebagai penghalang untuk mendapat anak. Adapun cuka apabila isterimu meminumnya pada saat haid, makan haidnya tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna. Sedangkan ketumbar itu akan mengganggu haid di dalam perutnya dan mempersulit untuk mendapatkan keturunan. Sementara epal masam, akan memotong haid sebelum masanya.”
  1. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjimak dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila akan mudah menimpa sang anak.”
  2. “Wahai Ali..! janganlah berjimak dengan isterimu selepas Zohor. Jika Allah SWT mengurniakan kepada kalian berdua anak kerana jimak pada saat itu, maka anak itu akan bermata juling dan setan sangat menyukai manusia yang bermata juling.”
  3. “Wahai Ali..! janganlah berjimak dengan isterimu sedangkan fikiranmu tertuju pada perempuan lain. Jika Allah SWT mengurniakan kepada kalian berdua anak pada saat itu maka anak itu akan menjadi penjahat yang keji dan hina.”
  4. “Wahai Ali..! janganlah berjimak dengan isterimu pada malam Aidilfitri, jika Allah SWT mengurniakan kepada kalian berdua anak maka anak itu akan menjadi seorang yang cacat dan tidak mendapatkan keturunan kecuali setelah usia lanjut.”
  5. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjimak dengan isterimu pada malam Aidiladha, jika kalian berdua berjimak pada malam tersebut, apabila Allah SWT mengurniakan kepada kalian berdua anak, aku bimbang anak tersebut akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”
  6. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjimak dengan isterimu di bawah pohon yang sedang berbuah, jika Allah SWT mengurniakan kalian berdua anak, anak tersebut akan menjadi seorang penjahat, suka membuat masalah atau seorang pemimpin yang kejam.”
  7. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjimak dengan isterimu di antara azan dan qomat, jika Allah SWT mengurniakan anak pada kalian berdua, anak tersebut akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.”
  8. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjimak dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian sesungguhnya kalau Allah  SWT mengurniakan anak pada kalian berdua, maka anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang-orang  yang zalim dan yang suka  membuat kebinasaan kepada manusia.”
  9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjimak dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah SWT mengurniakan anak pada kalian berdua, maka anak itu akan menjadi orang yang munafik dan selalu melampaui batas.” “Innal Mubazziriina kaanu - ikhwan Nas - Syayathin.”
10.  “Wahai Ali..! jika kamu berjimak dengan isterimu bacalah : “Allahumma Jannibnas Syaitan Wajanibnas Syaitan Mimma Rozaqtana.” Maka yang demikian itu kalau Allah SWT mengurniakan anak pada kalian berdua, anak tersebut tidak akan termakan oleh rayuan syaitan selama-lamanya.”
11.  “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjimak dengan isterimu pada malam Isnin maka  sesungguhnya jika Allah SWT mengurniakan anak pada kalian berdua, maka anak itu akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah SWT. (baik dan buruk Qada’ dan Qadar Allah).”
12.  “Wahai Ali..! jika kamu berjimak dengan isterimu pada malam Selasa,  Allah SWT akan member kepada kalian berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid dan Allah SWT tidak akan memberikan kepadanya azab bersama orang musyrik, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya dari mencaci, berdusta dan mengadu domba.”
13.  “Wahai Ali..! jika kamu berjimak dengan isterimu pada malam Khamis,  maka Allah SWT akan mengurniakan kepada kalian berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim di kalangan orang-orang yang alim.”
14.  “Wahai Ali..! jika kamu berjimak dengan isterimu pada malam Jumaat nescaya anak kalian berdua adalah seorang yang pandai berpidato yang sangat berwibawa.”
15.  “Wahai Ali..! jika kamu berjimak dengan isterimu pada hari Jumaat selepas Asar, Allah SWT akan mengurniakan seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.”
16.  “Wahai Ali..! jika kamu berjimak dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak, maka sesungguhnya diharapkan anakmu nanti akan menjadi seorang yang terkemuka.”

Renungan Minda : Suami Isteri Yang Masih Belum Mendapat Cahaya Mata Boleh Mencuba Dan  Memilih Hari-Hari Yang Dicadangkan Untuk Mencari Keberkatan Memperolehi Zuriat Dengan Keizinan Dari Allah S.W.T.

Saturday, August 13, 2011

Resepi Biskut Reben

BAHAN-BAHAN:

190 gm mentega

100 gm gula aising

2 biji telur putih

250 gm tepung

150 gm tepung ubi

100 gm kuaci bunga matahari

1/2 sudu kecil tepung kastad


CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati.

2. Masukkan putih telur, tepung, tepung jagung dan kuaci bunga matahari.

3. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk.

4. Setelah itu, terap mengikut acuan yang digemari.

5. Letakkan adunan di dalam loyang pembakar dan bakar pada suhu 170oC selama 15 minit.

Sri : Selamat Mencuba....