Nufie

My Churp-Churp

Thursday, August 9, 2012

Keputusan Olimpik 2012 Terjun Platform 10 Meter Pandalela Rinong Tempat Ke-2 Layak Ke Separuh Akhir


Pandelela Rinong bermula dengan penuh bergaya dalam acara 10 meter platform wanita individu apabila meraih tempat kedua pada pusingan kelayakan. Dia memungut 349.00 mata selepas lima terjunan dan akan beraksi pada separuh akhir pada pukul 5 petang ini. Bagaimanapun, seorang lagi peserta, Traisy Vivien Tukiet gagal berada di kalangan 18 penerjun teratas apabila sekadar menamatkan cabaran di tempat ke-22 daripada 26 penerjun.


Semoga Pandalela berjaya membutirkan sebutir lagi pingat untuk negara..Malaysia Boleh!!!

Wednesday, August 8, 2012

Menu Pilihan 10 Malam Terakhir Ramadhan : Bergedil Isi Ketam

Alhamdulillah, kita dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan bermula hari ini. Jadi Sri nak kongsi menu yang ringan untuk menjadi juadah kita di masa berbuka dan makanan ringan sewaktu malam sesudah solat tarawih supaya tidak terlalu berat dan mengantukkan.

Resepi Bergedil Isi Ketam

 

Bahan-bahan
500 gm ubi keledek
150 gm isi ketam
2 helai daun sup (dihiris halus)
2 helai daun bawang (dihiris halus)
½ sudu kecil lada putih
2 biji telur ayam (1 biji untuk dicelup)
Minyak masak
Serbuk perasa
Garam

Cara Menyediakan 
1. Rebuskan ubi keledek sehingga empuk. Masukkan ke dalam mangkuk besar. Kemudian lenyekkan hingga hancur.
2. Masukkan bahan-bahan lain (kecuali minyak) dan gaulkan hingga sebati.
3. Kemudian ulikan menjadi bentuk bergedil. Pecahkan sebiji telur dan pukul sedikit.
4. Celupkan bergedil satu persatu ke dalam telur yang telah dipukul tadi dan goreng dengan menggunakan yang panas.
5. Hidangkan bersama sos cili.  
SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENYAMBUT 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN..MOGA KITA SAMA-SAMA DIKETEMUKAN ALLAH DENGAN LAILATUL QADAR..AMIN.. 

Monday, August 6, 2012

Salam Nuzul Al-Quran


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.

Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.