Nufie

My Churp-Churp

Saturday, March 12, 2011

TSUNAMI MELANDA JEPUN

 Jepun Dilanda Tsunami 2011



 Gambaran Tsunami Yang Berlaku Di Jepun


Tsunami yang sangat ganas setinggi 10 meter kesan daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang terkuat pernah dicatatkan melanda Jepun, meragut beribu-ribu nyawa penduduk ketika ia menghentam bot, kereta dan kediaman manakala kebakaran meletus tanpa kawalan.Amaran tsunami dikeluarkan ke seluruh Pasifik, sehingga sejauh Amerika Selatan, Kanada, Alaska dan seluruh pantai barat Amerika Syarikat.

Menurut polis Jepun, dianggarkan antara 200 hingga 300 mayat ditemui di kawasan perairan Sendai, bandar paling dekat dengan pusat gempa bumi. Polis berkata, setakat ini 88 orang disahkan terbunuh dan 359 orang masih dilaporkan hilang. Angka kematian dijangka terus meningkat berdasarkan skala bencana alam berkenaan. Orang ramai diberi amaran untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.

Siaran televisyen turut memaparkan kebakaran dan kepulan asap hitam sekitar bangunan di Odaiba, pinggir bandar Tokyo dan perkhidmatan kereta api laju ke arah utara terpaksa dihentikan. Rakaman televisyen turut menunjukkan bot, kereta dan trak terapung di atas air selepas tsunami kecil melanda bandar Kamaichi yang terletak di utara Jepun. 

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan berkata, kerajaan telah mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat. “Gempa bumi ini mengakibatkan kemusnahan besar di bahagian utara Jepun. Kerajaan akan menjalankan semua usaha yang perlu bagi memastikan keselamatan rakyat dan meminimumkan kerosakan,” katanya pada satu sidang media khas. Agensi berita Kyodo melaporkan, beberapa kebakaran turut berlaku di bandar Sendai, yang menyaksikan ombak besar menghanyutkan kenderaan di landasan lapangan terbang.

Di wilayah Wakayama, 20,000 penduduk diarahkan berpindah selepas amaran tsunami dikeluarkan dan beberapa gegaran susulan melanda. Menurut wartawan Reuters, Mariko Katsumura, penumpang kereta api bawah tanah menjerit dan memegang tangan penumpang lain. Gegaran yang terlalu kuat membuatkan mereka sukar untuk berdiri. Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebelum ini mengesahkan gempa bumi tersebut berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Pasaran saham Tokyo turut mengalami kerugian selepas gempa bumi itu diumumkan. Menurut bank pusat, mereka akan melakukan apa sahaja bagi memastikan kewangan kembali stabil. 

Renungan Minda :  Kejadian Tsunami Yang Melanda Negara Jepun Amat Membimbangkan Kerana Telah Mengakibatkan Kerugian Besar Kepada Penduduk Dan Negara Jepun Khususnya Melumpuhkan Pasaran Saham & Mata Wang Jepun. Sebagai Rakyat Malaysia Sama-Samalah Kita Merenung Kembali Musibah Yang Melanda Jepun Ketika Ini. Sama-Samalah Kite Berdoa Agar Negara Malaysia Dijauhi Dr Malapetaka Seperti Ini.Amin....

Sunday, February 6, 2011

Coretan Banjir di Segamat, Johor 2011

Keadaan Banjir di Segamat, Johor 2011


Berita banjir yang telah melanda di Segamat, Johor baru-baru ini amat teruk berbanding banjir yang melanda pada tahun 2006 lalu.Jom kita hayati gambar-gambar ketika banjir melanda di Segamat, Johor.

Kawasan Perkuburan turut ditenggelami air banjir

Air banjir masih lagi menenggelamkan sebahagian tempat di Segamat, Johor

Kilang Konkrit turut ditenggelami air banjir

Keadaan di hadapan Kilang Konkrit

Pengangkutan di Kilang Konkrit tidak 
berjaya dikeluarkan dan terperangkap di dalam air banjir

Keadaan kedai yang mengalami banjir di Segamat, Johor

Banjir di Batu 8, Segamat 

Jambatan runtuh di Batu 8, Segamat


Ikan keli besar yang dijual di Batu 8, Segamat.



Renungan Minda : Keadaan Banjir Yang Melanda di Segamat, Johor Disifatkan Amat Teruk Berbanding banjir Yang Melanda Pada Tahun 2006 Yang Lalu.Lebih 20,000 Penduduk Terlibat Dalam Kejadian Banjir Besar Ini.


Saturday, January 22, 2011

Kereta Wajib Ada Beg Udara Bermula Tahun 2012

 Pengumuman Terbaru Mengenai Penggunaan Beg Udara Yang Diwajibkan 2012

Bertambahlah kos kereta selepas ini....


Mulai tahun depan, semua kenderaan termasuk kereta keluaran Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan diwajibkan memasang beg udara bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kematian akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

Katanya, walaupun tidak ada penguatkuasaan yang dibuat berhubung peraturan itu, ia perlu dilaksanakan untuk memastikan keselamatan setiap pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih terjamin.

“Kita telah melakukan kajian bersama termasuk dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan terbukti beg udara merupakan aksesori keselamatan yang paling penting,’’ katanya kepada pemberita pada Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran MCA Rantau Panjang di sini hari ini.

Peraturan baru itu bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan pacuan empat roda.