Nufie

My Churp-Churp

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia is Champion!!!JUMAAT 30/12/2010 DIISYTIHAR CUTI UMUM!Oh,YES!!!

Sekalung syabas diucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang menjadi Juara Piala Suzuki AFF 2010 buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak negara Malaysia amnya. Good job Malaysia!!! Walaupun tewas 2-1 pada final yang ke-2 di Stadium Gelora  Bung Karno di Indonesia, pasukan Malaysia mendapat kelebihan mata 4-2 berbanding pasukan Indonesia. This song is dedicated to our Malaysian's Player....



KAPTEN Malaysia, Safiq Rahim (kanan) bersama rakan sepasukan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas berjaya mengalahkan Indonesia pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, sebentar tadi. Malaysia menang dengan agregat 4-2.


Melalui Utusan Online bertarikh 29 Dis 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. Bersama-sama kita meraikan kemenangan Malaysia!!!


Renungan Minda : Pasukan Bola Sepak Malaysia Telah Menjulang Piala AFF Suzuki 2010 dan Mencipta Sejarah Menjadi Juara Dengan Mengalahkan Pihak Lawan Indonesia Dengan Aggregat 4-2.Fuyoo!Cayalah...

Tuesday, December 28, 2010

Peminjam PTPTN Wajib Daftar LHDN

Bagi menangani masalah hutang tertunggak, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang memohon pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula sesi kemasukan akan datang diwajibkan berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mulai 1 Januari ini.

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Hasmah Abdullah, berkata langkah itu bertujuan memudahkan LHDN yang bakal mengambil alih tugas mengutip bayaran balik pinjaman menerusi sistem cukai potongan cukai bulanan (PCB) mulai 1 Januari 2012. 

Beliau berkata, untuk itu LHDN dengan kerjasama PTPTN bakal membangunkan aplikasi e-PTPTN menerusi Sistem Perakaunan Hasil Elektronik (eRAS) bagi memudahkan peminjam menjelaskan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada agensi berkenaan.
Katanya, ketika ini LHDN dan PTPTN sedang menyelaraskan perundangan untuk membolehkan LHDN mempunyai kuasa untuk mengutip dan mengambil tindakan terhadap pihak ingkar, sekali gus membangunkan aplikasi e-PTPTN.

Sehingga kini, katanya kira-kira 40,000 peminjam secara sukarela membayar balik pinjaman menerusi LHDN membabitkan kutipan sebanyak RM7 juta sebulan.

“Diharapkan aspek perundangan dapat dikemaskini menjelang pertengahan tahun depan dan untuk itu pindaan dua akta iaitu Akta Cukai Pendapatan dan Akta PTPTN akan dibentangkan di Parlimen Jun 2011, sekali gus membolehkan bayaran balik pinjaman dibuat menerusi PCB dikuatkuasa mulai 1 Januari 2012,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup eRAS LHDN di Muzium Kesenian Islam Malaysia, semalam.



rasa geram jugak interest PTPTN tinggi

Renungan Minda :  PTPTN telah membantu ramai siswa & siswi menampung perbelanjaan pembelajaran di Kampus. Pembayaran balik PTPTN belum mencapai tahap yang memuaskan kerana masih ada peminjam yang tidak menjelaskan bayaran ansuran seperti yang disyaratkan. PTPTN juga perlu prihatin masalah peminjam. Fikirkan lah...

Thursday, December 23, 2010

JUICE PERAWAN PLUS COLAGEN

 Juice Perawan Plus Colagen - Kekal Anggun dan Muda                                                (Minuman Khusus Untuk Wanita)

 Khasiat Juice Perawan De Herbs - InsyaAllah :-
 ~ Merawat masalah  keputihan & haid yang tidak teratur.
 ~ Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.
 ~ Menyuburkan rahim & peranakkan wanita (baik untuk wanita yang sukar untuk mendapatkan anak)
 ~ Menegang & mencerahkan kulit..
 ~ Melambatkan proses monopous.
 ~ Memberikan tenaga dalaman wanita.
 ~ Meningkatkan sistem imunisasi.
 ~ Mengurangkan senggugut.
 ~ Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri
 ~ Sesuai untuk gadis & wanita yang sudah berumahtangga.



 Kandungan Juice Perawan De Herbs:
 Kacip Fatimah, Manjakani, Pueraria Mirifica, Acai Berry, Kurma, Madu, Roselle,  Delima, Kolagen & Air Bertapis. (Isi kandungan: 250ml)

 Cara penggunaan Juice Perawan De Herbs:
 ~ Ambil 2 sudu setiap pagi & malam. Minum banyak air putih.
 ~ Tidak digalakkan bagi wanita yang sedang mengandung & ketika dalam haid.
 ~ Simpan di tempat sejuk selepas dibuka.

 Renungan Minda : Rahsia Juice Perawan Boleh Dikongsi Bersama...Cubalah. ;)

Monday, December 20, 2010

Kemalangan Maut - 20 Disember 2010

Kemalangan Ngeri di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Berita mengejutkan kepada masyarakat tempatan pada pagi ini yang melibatkan kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, yang meragut 28 nyawa adalah yang paling dahsyat dalam sejarah negara.
Dua puluh tujuh pelancong Thailand dan seorang rakyat Malaysia terbunuh selepas bas pesiaran yang mereka naiki terbalik ke dalam longkang di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, jam 11.40 pagi tadi.

Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. 

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana rombongan pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Katanya siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik dalam longkang.

Katanya, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Rakyat tempatan yang terbunuh itu dipercayai pemandu atau pembantu pemandu bas terbabit.

Menurut sumber Tourism Malaysia pula, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.


 Renungan Minda  :  Ramai manusia telah terkorban dalam nahas bas ini dan aku turut berasa bimbang untuk menggunakan perkhidmatan bas untuk ke mana2 destinasi...

Friday, December 17, 2010

Karnival Jom Cari Kerja Putrajaya 2010



Tarikh  : 18-19 Disember 2010
Masa    : 8.00 pg hingga 5.00 petang

Tempat  : Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya
Anjuran : Majlis Belia Kawasan Putrajaya, Job Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Perbadanan Putrajaya




***Jom sama-sama ke Karnival ini...semoga ianya memberikan peluang kepada kite semua...***

Thursday, December 16, 2010

Kursus Kenegaraan (BTN) Di Savannah Hill, Ulu Tiram, Johor

 
 Lagu Menara Bangsa Wajib Dinyanyikan Sepanjang Tempoh Berkursus

Aku telah menghadiri Kursus Kenegaraan (BTN) di Savannah Hill, Ulu Tiram, Johor selama 5 hari dari 25.11.2010 hingga 29.11.2010. Keadaan di sana amat tenang dan damai. Walaupun terletak di tengah2 perkampungan ianya tidak membosankan diriku dan juga peserta lain. Lagu tema kami ialah Lagu Menara Bangsa di mana lagu ini wajib dinyanyikan sebelum bermulanya sesi pembentangan kertas kerja oleh penceramah jemputan. Aku turut merasa bangga kerana dapat menyanyikan lagu ini dengan semangat kenegaraan Malaysia. Di sana juga banyak diterapkan dengan ilmu2 yang berkaitan dengan nilai2 bangsa, agama dan negara Malaysia khususnya. Semangat kenegaraan kepada Malaysia telah dapat dipupuk di kalangan peserta2 di sini....


Berehat Seketika Sebelum Aktiviti Bermula






Wednesday, December 15, 2010

Filem 'Aku Tak Bodoh'




Aku telah menonton filem Aku Tak Bodoh arahan Boris Boo. Hasilnya amat memuaskan. hatiku. Filem ini merupakan sebuah kisah tentang persahabatan antara dua budak lelaki, lakonan Ariel Zafrel dan Rohaizat Hassan. Mereka berdua antara pelajar yang banyak menimbulkan masalah di sekolah, tetapi mempunyai keistimewaan yang tersendiri di sebalik gaya dan kehidupan, kerana setiap yang buruk pasti ada kebaikkannya.

Pelbagai persoalan dirangkum dan diuraikan dalam 'Aku Tak Bodoh', antaranya masalah kekeluargaan, ikatan kasih sayang dan penerimaan kepada kekurangan sehingga mewujudkan konflik yang agak kritikal kepada institusi kekeluargaan. Hubungan antara ibu, bapa dan anak amat penting bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni dan aman. Tetapi terjemahan apa yang tersirat di sebalik Aku Tak Bodoh berjaya menjadikannya antara naskhah filem yang wajib ditonton oleh peminat-peminat filem tempatan.

Semoga pengajaran yg terdapat di dalam filem ini dijadikan iktibar dan pedoman dalam mengharungi kehidupan berkeluarga. Harus diingat anak adalah penyambung generasi kita, oleh itu peliharalah anak-anak dengan baik, sentiasa mengambil berat kebajikan anak-anak kerana mereka amat memerlukan perhatian dan kasih sayang ibu bapa.



Sunday, December 12, 2010

Lagi Berita Bayi Mati Disebabkan Penderaan

 
 
Polis sedang menyiasat kemungkinan terdapat unsur penderaan yang menyebabkan kematian seorang bayi perempuan 11 bulan di Sungai Besi di sini Jumaat lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata siasatan itu berikutan laporan bedah siasat menunjukkan terdapat kesan pendarahan dalaman akibat hentakan kuat di kepala bayi berkenaan.Beliau berkata, bayi itu, Ng Tse Theng dihantar oleh pengasuh tempatan itu ke sebuah pusat perubatan di Taman Desa kira-kira jam 11 pagi selepas mendakwa bayi itu tidak bergerak apabila dikejutkan."Kita belum mengambil sebarang tindakan termasuk menahan pengasuh itu kerana banyak lagi maklumat perlu diambil. Kita juga akan mengambil keterangan ibu bapa bayi terbabit yang membuat laporan polis itu semalam," katanya selepas menghadiri majlis dialog Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah bersama persatuan penduduk Perumahan Awam Seri Perak. Ku berkata, bayi itu dijaga di rumah pengasuh itu di Taman Tasek Damai, Sungai Besi. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan iaitu bunuh, katanya. Difahamkan, bayi itu dijaga pengasuhnya yang berusia 40-an sejak lima bulan lalu dan ibunya akan hanya mengambil mangsa apabila tidak bekerja.