Nufie

My Churp-Churp

Saturday, January 22, 2011

Kereta Wajib Ada Beg Udara Bermula Tahun 2012

 Pengumuman Terbaru Mengenai Penggunaan Beg Udara Yang Diwajibkan 2012

Bertambahlah kos kereta selepas ini....


Mulai tahun depan, semua kenderaan termasuk kereta keluaran Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan diwajibkan memasang beg udara bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kematian akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

Katanya, walaupun tidak ada penguatkuasaan yang dibuat berhubung peraturan itu, ia perlu dilaksanakan untuk memastikan keselamatan setiap pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih terjamin.

“Kita telah melakukan kajian bersama termasuk dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan terbukti beg udara merupakan aksesori keselamatan yang paling penting,’’ katanya kepada pemberita pada Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran MCA Rantau Panjang di sini hari ini.

Peraturan baru itu bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan pacuan empat roda.

6 comments:

al_hakim said...

saya rase benda ni patot lama dah buat..untuk keselamatan penumpang dan pemandu kan

Rimau Sakti said...

Air bag tu kena ikut spec. kalau tak boleh merbahayakan keselamatan penumpang...sebab ade kes kematian disebabkan libasan air bag tu yang terkena pada leher pemandu hingga menyebabkan si pemandunya maut.

Kak Mahh said...

Bagus juga untuk keselamatan kita.

~~su manje~~~ said...

kat belakang tak de ke bag udara..?

anamizu said...

aah betol3..
cik ana sokong paskal garuda..
kne ikut spec yg betul..
kalo tak karang lain yg nak di elak kemalangan,lain plak exidennye yg jadi..

recent post : |korek biji mata???|

hans said...

oh
untuk safety lah yer

Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen