Nufie

My Churp-Churp

Wednesday, December 28, 2011

Dr. Badrul Amin Iktiraf Anwar Sebagai ‘Imam Mahdi’?


Mungkin kerana terlalu taksub dengan individu yang bernama Anwar Ibrahim, penceramah bebas, Dr. Badrul Amin Baharon, tidak teragak-agak untuk mengangkat darjat Ketua Pembangkang itu dari ‘pemimpin anugerah Tuhan’ kepada ‘Imam Mahdi’. Di dalam satu siri ceramahnya, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabak Bernam itu mendakwa seorang pemimpin akan membebaskan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin, untuk umat Islam yang kini berada di dalam cengkaman Rejim Zionis Yahudi.

Dr Badrul mungkin terlupa Anwar gagal menafikan dengan baik isu melibatkan liwat dengan bekas pembantu peribadinya dan video klip seorang lelaki yang melanggan pelacur dari negara China yang dikatakan pakar Amerika Syarikat sebagai 99 peratus menyamai Anwar. Bagaimana terlintas di pemikiran seorang yang berpengetahuan tinggi dalam hal-hal agama untuk meletakan seorang individu yang sejak dahulu agak kabur tingkah lakunya ke taraf Imam Mahdi?

“Kita hanya perlukan satu lagi syarat untuk bebaskan (masjid) Al-Aqsa… “Sudah adakah pemimpin itu tuan-tuan? Tanya saya, saya kata dia sudah ada… “Saya kata, dia ada di Malaysia…Tidak lain tidak bukan..saudara Anwar Ibrahim” kata Badrul Amin yang dipetik dari sebuah blog politik pro-pembangkang, Amenoworld.blogspot.com.
Selain itu, penceramah agama yang sering menimbulkan kontroversi dengan ucapan maki hamunnya sebelum ini juga mendakwa Anwar merupakan pemimpin yang akan menyatukan negara-negara Arab dan seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Bagaimanapun, Badrul Amin menafikan kenyataan blog tersebut dan mendakwa tidak sekalipun menamakan Anwar sebagai Imam Al-Mahdi. “Saya menafikan sekeras2nya kenyataan yg tersebar dalam beberapa laman web kononnya saya menamakan Anwar Ibrahim sbg Imam Mahdi. “Saya tidak pernah sekalipun menyebut nama Imam Mahdi dalam ceramah2 saya. Saya hanya menyebut potensi Anwar sbg pemimpin dari Timur yang mampu menyatukan Dunia Arab sekaligus membebaskan Al-Aqsa,” katanya yang dipetik dari laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Meskipun tidak menyebut nama Imam Mahdi di dalam ceramahnya, ciri-ciri yang diberikan Badrul Amin itu jelas bersamaan dengan ciri-ciri ‘pemimpin yang ditunggu-tunggu’ (Imam Al-Mahdi) yang diriwayatkan akan menyatukan umat Islam, meleraikan sengketa dunia Arab dan membebaskan Masjid Al-Aqsa dari cengkaman golongan kuffar.

Saturday, December 24, 2011

Satelit Russia Terhempas Di Siberia Selepas Dilancarkan


Satelit Russia terhempas ke Siberia selepas beberapa minit ia dilancarkan Jumaat (waktu tempatan), berikutan masalah pada roket pelancarnya. Kementerian Pertahanan Russia, berkata ia adalah kegagalan yang memalukan terhadap program angkasa lepas negara itu. Sementara itu, jurucakap Angkasa Lepas Russia, Alexei Zolotukhin, berkata satelit itu gagal memasuki orbit dan suruhanjaya persekutuan akan menyiasat punca kemalangan.

Friday, December 23, 2011

Ariff Alfian Takut Pulang Ke Malaysia

 Ariff Alfian Rosli

Ariff Alfian Rosli, pelajar Malaysia yang melangsungkan perkahwinan sejenis di Ireland menyatakan ketakutannya untuk pulang ke tanah air. Dalam kenyataannya kepada akhbar The Irish Times hari ini, Ariff Alfian berkata, dia bimbang dengan keselamatan dirinya jika pulang ke Malaysia
” Saya bimbang dengan keselamatan saya namun ingatan saya masih dengan keluarga dan rakan-rakan di sana. Saya tak pernah mahu perkara ini menjadi berita utama,” katanya kepada akhbar itu.

Dalam pada itu, Ariff Alfian menegaskan yang beliau tidak berhasrat untuk lari daripada tanggungjawabnya dalam melunaskan yuran pengajiannya dengan Petronas.
Katanya, beliau masih berhubung dengan syarikat itu berhubung pembayaran balik yuran berkenaan yang mencecah 200,000 pound. Petronas sebelum ini mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom. Bagaimanapun ia ditamatkan berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.

Namun mereka mendakwa, sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar Petronas dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.
” Saya tidak mahu lari dari tanggungjawab tersebut atau melepaskannya dari bahu saya,” ujarnya. Menurut Ariff Alfian, antara perkara yang terkandung dalam kontrak pengajiannya dengan Petronas termasuklah berkhidmat dengan syarikat itu bila tamat pengajian, namun dia tidak yakin dapat berbuat demikian disebabkan penglibatannya dalam hubungan sejenis.

Thursday, December 22, 2011

PMR : 34,271 Dapat Gred A Dalam Semua Pelajaran


Seramai 34,271 pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, berbanding 30,863 pelajar pada 2010, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud. Angka itu adalah peningkatan 0.75 peratus, katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.

Tuesday, December 20, 2011

Adlin Isytihar ‘Perang’ terhadap Chef Wan di FB!

Adlin Dalam Maharaja Lawak Mega Tersingkir Di Minggu Ke-8

Selebriti dan pelakon terkenal, Adlin Aman Ramli, mengisytiharkan ‘perang’ dengan selebriti masakan popular, Chef Wan, ekoran kritikannya terhadap peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) setelah tersingkir dari program terbitan Astro tersebut.Bagaimanapun, Adlin yang berang dengan kritikan Chef Wan pada episod minggu kelapan MLM baru-baru ini mengumumkan bahawa peperangan mereka akan berlangsung menerusi laman sosial Facebook di Fan Page masing-masing.

Anak kepada pelawak terkenal, Allahyarham AR Tompel itu membidas Chef Wan yang membawa kritikannya keluar dari pentas MLM sehingga ke Facebook dan beliau akan mempertahankan diri dengan pandangannya mengenai pengkritik MLM itu sebagai juri program tersebut.
“Guys, announcing ‘A NEW BATTLE FIELD via FB FAN PAGE between ADLIN AMAN RAMLIE and CHEF WAN’.

“It seems like Maharaja Lawak Mega Platform is too small for CHEF WAN to membebel and berleter tentang betapa bersalah dan buruknya tingkahlaku ADLIN sampai dia terbawak-bawak ke dalam cyber space ni menjelaskan betapa ‘rasional’nya dia dalam semua pengucapan dan tindakannya, i’m here to defend myself and share my tots to you all on what i think of Chef Wan as a jury!,” katanya di Fan Page Facebooknya.

Juri MLM yang ditugaskan mengkritik persembahan tersebut, Datuk Siti Nurhaliza menyifatkan Adlin menggunakan ‘prop’ dengan baik namun gagal membuatnya ketawa dengan pengisian lawak jenaka yang dipersembahkan. “Dari segi penggunaan prop tu saya puji..tapi dari segi lawak tu kurang la..takde la bang,” kata penyanyi diva negara itu. Kemudian, mungkin mahu melahirkan rasa kecewanya terhadap persembahan Adlin, Chef Wan menyambung kritikan teruk terhadapnya dengan memberitahu Adlin hanya merapu dan meroyan di atas pentas tanpa lawak sebenar.

“Saya gelak tu bukan kerana lawak you tu, tapi gelak tu apa yang you merapu sangat..meroyan. “That’s what I feel you know..I don’t know..merapu sangat..that makes me ketawa tau..ketawa bukan kerana lawak tu..tapi kerana merapu you tu,” kritik Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail.

Friday, December 16, 2011

Terkejut Rakam Wajah Misteri

Wajah Misteri Yang Dimaksudkan

Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.
Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali. Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.

“Terdapat seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.
“Selepas itu, saya menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut,” katanya. Pengalaman pertama kali merakam gambar aneh sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan. Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar aneh.

Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba. Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.
“Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang,” katanya.

Thursday, December 15, 2011

Tarikh Pembayaran Gaji Kerajaan Sepanjang Tahun 2012

Tarikh Gaji Kakitangan Awam Tahun 2012

Remaja Ditangkap Berasmara Dalam Relung Air.


Umur belasan tahun ini kata orang umur yang penuh ‘thrill’…semua nak cuba. Apatah lagi hormon tengah menggelegak, kurang iman memang tergelincir le jawabnya.
Di Kulim, Kedah sepasang remaja ditahan kerana berasmara…bukan di hotel, tapi di lubang relung air, astaga! Ini bukan kali pertama pasangan kekasih berusia 14 dan 16 tahun ini kantoi, tapi ini dah masuk kali ke tiga. Akhbar Sinar Harian melaporkan, seorang pengurus kilang yang enggan identitinya didedahkan berkata, dia ternampak beberapa pekerjanya memanjat tebing kilang dan mengintai ke luar premis, manakala salah seorang daripadanya memaklumkan kepadanya berhubung perbuatan pasangan terbabit yang sedang berasmara.

“Ini bukan kali pertama pasangan ini melakukan perbuatan sumbang di sini. Sehingga kini pekerja di kilang saya telah menemui mereka sebanyak tiga kali. “Saya terkejut apabila pekerja saya memaklumkan pasangan itu sedang berbaring sambil berasmara. Saya kemudian memaklumkan kepada unit MPV untuk mengambil tindakan lanjut terhadap pasangan itu,” katanya. Dia kemudiannya menyerahkan kes tersebut kepada anggota unit MPV untuk tindakan lanjut sejurus penahanan itu. Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini tidak ada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak terlibat.
Menurutnya polis akan menjalankan siasatan jika ada laporan dibuat terhadap mangsa terlibat.
“Perlakuan seks remaja bawah umur sama ada pasangan perempuan rela ataupun tidak, ia akan diklasifikasikan sebagai rogol dan ini merupakan kesalahan jenayah serius.

“Bagaimanapun waris harus membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dijalankan. Sehingga kini kebanyakan kes rogol melibatkan pasangan kekasih bawah umur berlaku kerana suka sama suka,” katanya. Katanya, gejala ini mula menular ke pelajar sekolah rendah dan ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang sempurna supaya mereka tidak mudah terlibat dalam sebarang perlakuan berunsurkan maksiat dalam usia muda. Nasihat penulis satu jelah, buat-buatlah bertaubat, dahlah buat maksiat, lepas tu pilih relung air buat apa? Silap haribulan dua-dua dihanyutkan dek air, tak sempat bertaubat dek non ooi! Entahlah apa nak jadi sekarang ni, remaja kita nampaknya dah makin ‘advance’…kalau ke arah kebaikan tak mengapa, ini ke arah kehancuran.

Relung itu dibina untuk mengalirkan air, tetapi ada pula ‘makhluk’ yang gatal nak mengalirkan ‘air’ mereka. Jangan lepas ni kita dengar ada pasangan kekasih yang berasmara dalam tangki air sudahler, itu lagi haru!

Wednesday, December 7, 2011

Isi Kandungan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (Skim SBPA) 2012

Berikut Adalah Intipati Kandungan Berkenaan Skim Baru Perkhidmatan Awam Yang Akan Dilaksanakan Pada Januari 2012 Depan


1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif
2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun. 
3. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi; 
4. pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan; 
5. peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi
6. peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana; 
7. pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision); 
8. penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP); 
9. penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat; 
10. pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert
11. pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan; 
12. perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia
13. pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;
 
14. pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah; 
15. pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan; 
16. pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan; 
17. penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013; 
18. peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan 
19. pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)

Tuesday, December 6, 2011

Ezlynn Ditaja Barang Kemas Dan Gaun RM12 Juta Di Hari Perkahwinan.


Amboi beruntung betul artis di Malaysia ni kerana bila nak kahwin, macam-macam tajaan yang mereka dapat, nilainya berjuta-juta pulak tu. Contoh yang terbaru penyanyi Ezlynn dan bakal hubbynya, Adam yang bakal menerima tajaan hampir RM12 juta OK! Tapi bagi artis yang suam-suam kuku minta maaflah yea, jangan kata Rafflesia, Kedai Runcit 1Malaysia belum tentu sudi nak sponsor, pergh! Berbalik pada majlis perkahwinan Ezlynn itu, diberitahu Neelofa yang terkenal dengan perniagaan Neelofa Heelsnya itu akan merekabentuk kasut yang dipakai Ezlynn untuk majlis itu nanti.
Gaun pengantin pula akan direka oleh Sya Syarini, Sharifah Mariam Syed Mohd akan mereka Tail dan Liza Azulkarnain pula mereka Veil.

Gaun dan kasut akan bertatahkan mutiara hitam Tahiti dan mutiara putih Laut Selatan, dan harga gaun diberitahu akan mencecah RM 400,000. Barangan kemas dikatakan bernilai RM 3 – 4 juta manakala sebutir mutiara katanya mencecah RM 80,000. Lord’s Tailor pula akan menyediakan sut untuk pengantin lelaki.

“Walaupun majlis ini ditaja serta dinamakan Rafflesia Pearl Wedding, tetapi kami awal-awal lagi telah meminta  untuk turut serta dalam setiap perbincangan.
” Kami tidak mahu majlis itu nanti menjadi bahan kritikan seperti yang berlaku pada Memey dan Norman. Kami juga ada letakkan beberapa syarat kepada Rafflesia.  Antaranya ialah, kami mahu majlis itu dimulakan dengan bacaan doa dan juga mahukan kehadiran saudara-mara untuk memeriahkan majlis.
” Selain itu, Ezlynn juga mahu hadiahkan tetamu-tetamu muslim  dengan surah Yassin.  Memang tema dan konsep perkahwinan itu kami yang pilih, tetapi tiada salahnya kalau kita buat bacaan doa dan bagi hadiah Surah Yassin,” ujar Adam.